Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Permatang Pasir: Penilaian semula - Perak Express

Dalam ucapan ketika menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di Markas Utama Pas Permatang Pasir malam tadi, Mat Sabu menjadi pengulas sukan.. memberikan ulasan selari tentang siri-siri perlawanan diantara BN dan PR.

Perlawanan pertama, Anwar dengan Arif Shah. Anwar smash, Arif Shah angkat. Anwar lob, Arif Shah angkat. Anwar smash!..Arif Shah tersungkur. 1-0.

Perlawanan Kedua. Wahid Endut lawan Wan Farid . Wahid smash, Farid angkat. Wahid drop, Farid lob. Wahid smash, Farid menghantar kejaring. Sangkut!! 2-0.

Perlawanan ketiga. Tiga perlawanan dijalankan serentak. Bukit Gantang…Nizar menewaskan Ahmad Safian. 3-0. Bukit Selambau, Manikumar menewaskan 13 calon lain. 4-0. BN hanya memungut satu mata di Batang Ai. 4-1

Perlawanan keenam. Dr.Mansor masuk kegelanggang. Tapi calon BN sakit perut. Terkencing dalam seluar. Mansor menang. 5-1

Perlawanan ketujuh. Abe Fauzi lawan Tuan Aziz. Perlawanan berlanjutan hingga ke rubber game. Akhirnya Abe Fauzi berjaya mengalahkan Tuan Aziz dalam mata deuce. 6-1.

Perlawanan kelapan. Salleh Man lawan Rohaizat. Perlawanan dijangka sengit tetapi Rohaizat mendapat teguran dari pengadil diawal permainan. Masuk set kedua, pengadil mendapati Rohaizat menggunakan steroid. l Oleh kerana steroid itu hanya dikhaskan untuk kegunaan dalam bilik tidur, Rohaizat tercungap-cungap bila bertarung digelanggang. Rohaizat tewas. 7-1.

Kalau dalam bolasepak, skor begini macam Manchester United lawan Jenderata FC. Kalau dalam tenis, macam Federer lawan V. Selvam. Secara keseluruhannya, Umno bukan lawan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tak perlu bertarung dengan Umno kerana rakyat sendiri yang akan menentang Umno. Apa yang perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat, ialah memperkukuhkan PR itu sendiri. Kerana kalau Pakatan tidak mampu mengukuhkan diri sendiri, tidak mustahil rakyat akan menolak mereka pula.

Lebih spesifik lagi, kemenangan Pas di Permatang Pasir bukan kerana kegagahan Pas, tetapi adalah kerana kelemahan BN. Dan Umno memberikan bola tanggung kepada Pas, dan Pas hanya perlu membuat satu pukulan smash. Umno lingkup.

Adalah lebih elok sekiranya Pakatan melihat kembali kelemahan-kelemahan yang mana boleh diperbaiki untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Permatang Pasir banyak mengajar kita tentang corak politik masa depan. Itu pun kalau pemimpin Pakatan mahu ambil pot. Kalau tak mau…mampuih pi la.

Kita buat perbandingan diantara Pas dan Umno…kerana dalam PRK Permatang Pasir ini, Umno dan Pas yang memimpin kempen dan strategi. Yang lain hanya membantu.

Jentera

Umno

Umno menggunakan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan malah buat pertama kalinya, tentera turut dikerah untuk melakukan program-program untuk membantu Umno. Belum pernah berlaku dimana tentera terlibat dalam pilihanraya membantu BN, tetapi apabila ajensi-ajensi kerajaan lain gagal membantu, tentera terpaksa digunakan. Dalam pilihanraya akan datang, bukan sahaja anggota tentera akan digunakan, malah seramai 5,000 anggota Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) telah diagih-agihkan bagi setiap DUN untuk memastikan kemenangan BN.

Umno mempunyai wang untuk dibelanjakan. Walaupun jentera Pemuda Umno Nampak tidak bermaya, tetapi mereka mampu menggerakkan petugas-petugas dengan imbuhan kewangan. Malah mereka mampu membayar Mat Rempit untuk melakukan kekacauan pada hari mengundi.
Wanita dan Puteri Umno patut diberi kredit kerana kegigihan mereka.

Tapi apa nak buat… kesilapan memilih calon menyebabkan mereka patah semangat. Isteri pertama Rohaizat sendiri turut turun berkempen pada dua hari pertama, tetapi apabila kes isteri kedua meletup, isteri pertama pun tak nampak muka.

Wanita Umno masuk kekampung-kampung ketika orang-orang Pas sibuk kepentas ceramah. Sekurang-kurangnya, usaha wanita dan Puteri Umno ini berjaya mengekang orang-orang atas pagar dari beralih kepada Pas.

Pas

Jentera Pas kawasan kaput. Pas Permatang Pauh hanya pandai bercakap tapi tak tau mengatur kerja. Jadual ceramah masih belum tersedia walaupun selepas hari Penamaan Calon. Di Permatang Pauh, Lim Kit Siang dijemput untuk berucap, tapi bila sampai…tak boleh bercakap kerana namanya tak ada dalam permit. Chegu Bard diminta berceramah, tapi bila pergi ketapak ceramah, tak ada orang.

Cuma apabila jentera pilihanraya diambil alih oleh Pas Pusat, baru nampak koordinasi diantara parti. Sebelum itu, koordinasi diantara Pas dan PKR cukup lemah. Kita pun tahu macam mana perangai Pas Permatang Pauh. Sekurang-kurangnya menjadi pengajaran kepada mereka.

Sebelum PRK Penanti, Pas Permatang Pauh menuntut supaya Penanti diberikan kepada Pas. Bila tak dapat, depa boikot. Sehinggakan bila tiba hari mengundi, ramai yang tak mahu mengundi. Bila kena kat Permatang Pasir, baru tahu malu.

Calon

Umno

Umno memang cari nahas bila memilih Rohaizat sebagai calon. Tapi jangan seronok sangat mengatakan Umno bodoh, tak tau pilih calon. Mungkin ada rahsia tersendiri, mengapa mereka memilih calon yang bermasalah. Mungkin Umno sengaja memilih Rohaizat untuk dijadikan kambing hitam.

Rohaizat sudah out pada hari pertama lagi. Umno sepatutnya menyuruh Rohaizat menarik diri, dari membiarkan dirinya menjadi punching bag Pakatan. Tak tau apa yang akan terjadi kepada Rohaizat selepas ini. Nak balik rumah isteri tua, takut. Nak balik rumah isteri muda..malu. Mungkin lepas ini dia kena daftar dalam Adult Friend Finders pulak.

Pas

Calon Pas bernasib baik, macam Dr. Mansor di Penanti. Tak ada isu peribadi yang boleh digunakan oleh Umno. Walaupun ada propaganda yang dilakukan oleh Umno, tapi mereka gagal membuktikannya. Tidak macam apa yang berlaku terhadap Rohaizat. Sekali dia nafi, sepuluh bukti keluar.

Isu

Umno

Aku percaya, Rohaizat sengaja dipilih, walaupun Umno tahu latarbelakangnya, kerana mahukan Rohaizat dijadikan kambing hitam untuk mengalih pandangan daripada isu-isu nasional. Isu Altantuya dan Rampasan Kuasa di Perak tenggelam. Nama Najib menjadi bersih, tidak lagi menjadi bahan kutukan. Semuanya tertumpu kepada Rohaizat. Najib sendiri tidak turun berkempen, kerana tidak mahu isu Altantuya timbul kembali.

Tidak banyak isu-isu nasional yang ditimbulkan. Walaupun pada awalnya, Umno cuba membawa isu Anwar pengkhianat, tetapi dapat dipatahkan seawall malam penamaan calon. Pada malam sebelum penamaan calon, Anwar berucap di Permatang Pauh tentang skandal Muhyidin Yassin yang menjual tanah dan pasir kepada Singapura. Begitu juga pertemuan Zahid Hamidi dengan Menteri Israel. Semuanya menyebabkan Umno ketiadaan isu. Sebaliknya terpaksa bertahan kerana serangan terhadap Rohaizat.

MCA dan Gerakan gagal membantu Umno menarik pengundi Cina. BN masih lagi memainkan isu perkauman dan pembangunan untuk menarik undi menyebabkan mereka nampak bodoh. Mungkin mereka ingat, pengundi Permatang Pasir masih bodoh macam orang Umno.

Dalam ceramah di Kg. Cross Street, Mukhriz berceramah tentang jalan yang becak dan ada rumah yang masih lagi tidak mempunyai bekalan air. Nampak sangat bodohnya Mukhriz. Selama 51 tahun Umno memerintah, mengapa tak buat?

Pas

Umno memberikan bola tanggung kepada Pas terutama dalam isu skandal Rohaizat dan kematian Beng Hock. Pas hanya perlu smash.
Kesepakatan pemimpin Pakatan Rakyat berkempen memberikan kesan besar kepada kemenangan Pas. Anwar dan Guan Eng berkampung di Permatang Pasir untuk memastikan kemenangan calon Pas. Isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh Umno dapat dipatahkan dengan baik.

Imej/persepsi

Umno/BN

Nampak sangat berlaku pergeseran dikalangan BN. Pada hari penamaan calon lagi, tidak ada pemimpin-pemimpin ternama dari BN yang hadir. Begitu juga semasa berkempen. Yang datang hanyalah pemimpin cokia dari Umno.

Imej Umno sebagai gangster semakin terserlah yang menyebabkan ramai orang sudah tidak berminat dengan mereka. Orang-orang Cina juga semakin meluat dengan Umno dan contoh terbaik ialah di Kg. Cross Street dan Samagagah. Walaupun mereka menghadiri program-program Umno, tetapi hakikatnya, mereka hanya mahu menunjuk muka. Undi bagi Pas.

Pas

Gandingan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat diatas satu pentas memberikan imej yang baik. Pada hari penamaan calon lagi, semua pemimpin tertinggi PR hadir. Ini memberikan imej yang cukup baik. Walaupun terdapat banyak pergeseran yang berlaku, namun ‘unity show’ yang dibuat cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa Pakatan mampu memerintah negara. Ronnie Liu datang dan bergurau dengan pemimpin Pas yang lain, cuma Hasan Ali yang tak nampak muka.

PRK Permatang Pasir juga menunjukkan kematangan kepimpinan. Kalau dalam PRK Penanti yang lalu, cuma Nik Aziz saja yang turun membantu, sedangkan Hj. Hadi langsung tak nampak muka, tetapi dalam PRK Permatang Pasir, semuanya allright. Tak ada isu boikot memboikot macam yang dilakukan oleh Pas Permatang Pauh.

Kesimpulan

Kemenangan Permatang Pasir adalah kemenangan rakyat. Ketika ditanya oleh Chegu Bard semasa dalam kereta kerumah Din Binjai, aku kata Pas boleh menang dengan 4000-5000 undi. Chegu Bard kata tinggi sangat. Pas sendiri menjangkakan kemenangan dibawah 2000 undi.

Banyak ceramah-ceramah yang dibuat mendapat sambutan yang kurang memuaskan. Di Samagagah, kehadiran pengundi Cina keceramah Pas sangat rendah. Malah di Kg. Cross Street, kehadiran mereka keceramah BN lebih ramai dari yang datang keceramah Pas. Malam tu aku kurangkan jangkaan aku kepada 3,000-4000 undi.

Apabila tiba hari mengundi, lagi membosankan. Pondok-pondok panas sudah tidak lagi dibenarkan, menjadikan plihanraya ini hilang kemeriahan. Kereta mengangkut pengundi pula tak banyak kelihatan kerana hanya kereta yang mempunyai sticker SPR dibenarkan mengangkut pengundi. Dan apabila kereta-kereta ini kebanyakannya kereta BN, aku mula rasa risau. Aku kurangkan jangkaan kepada 2000-3,000. Pas pula menjangkakan majoriti diantara 1,000-2,000.

Bila keputusan keluar, semua salah.

Dalam PRK Permatang Pasir ini, isu utama ialah personaliti dan kewibaan calon. Umno cuba mencemarkan karektor Anwar dengan isu pengkhianat, tapi memakan diri. Sebaliknya Pakatan berjaya mencemarkan personaliti Muhyidin dan Zahid Hamidi.

Rohaizat pula membenarkan dirinya menjadi bahan ketawa sehinggakan digunakan sepenuhnya oleh Pas. Pas menggunakan sepenuh peluang untuk membunuh karektor Rohaizat dan berjaya.
Ada sapa-sapa nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang? Ingat baik-baik. Sesiapa saja yang mempunyai rekod buruk, jangan ingat boleh disorok atau ditutup dengan tudung saji. Ada saja yang akan membuka tudung tersebut, terutamanya bloggers, kerana bloggers mempunyai hidung yang lebih baik dari anjing kastam.

Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu.

Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas.

Sudah tidak banyak bezanya diantara politik BN dan Pakatan. Kekuatan jentera belum tentu menjamin kejayaan. Dari segi isu, baik BN atau Pakatan, masing-masing sudah ada skandal yang boleh dieksploit. Yang membezakan mereka ialah keperibadian calon

Perak Express

Wednesday, August 26, 2009

Kemenangan dan kurangnya majoriti PAS telah diduga - Penganalisis - mStar

BUKIT MERTAJAM: Kemenangan Pas tetapi majoriti akan berkurangan adalah satu keputusan yang telah diduga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Pada pilihan raya kecil itu, Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man meraih 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menang dengan majoriti 5,433 undi mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib.

Antara faktornya ialah kerana Permatang Pasir telah menjadi kubu kuat Pas selama tiga penggal dan kekuatan itu dikukuhkan lagi apabila Angggota Parlimen bagi kawasan Permatang Pauh itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DUN Permatang Pasir adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh selain Penanti dan Seberang Jaya dan pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon Pas Mohd Salleh Man dan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berikutan kematian penyandangnya Mohd Hamdan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, faktor pengurangan majoriti Pas adalah disebabkan jumlah mereka yang keluar mengundi berkurangan kerana ia diadakan pada hari bekerja.

Katanya, faktor Anwar sememangnya membawa kemenangan kepada Pas dan pemimpin pembangkang itu terus mendapat sokongan pelbagai kaum.

"Anwar dalam ceramahnya sering menjelaskan bahawa satu undi untuk calon Pas adalah sama dengan satu undi kepadanya dan juga satu undi kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang," kata beliau kepada Bernama di sini semalam.

Sivamurugan berkata, kenyataan Anwar itu berjaya meraih undi dari semua kaum kerana rakyat di kawasan Permatang Pauh menyokong beliau.

Katanya, faktor calon kini tidak boleh diambil kira kerana walaupun Rohaizat telahpun membersihkan namanya dari segala tuduhan manakala Mohd Salleh pula tidak popular dan tidak pernah memenangi enam pilihan raya umum sejak 1986 sehingga pilihan raya umum 2008 namun kemenangan masih memihak kepada Pas. Beliau mendakwa, satu lagi faktor penting yang menyumbang kekalahan calon BN ialah anggota parti komponen BN yang tidak mengundi atau menyokong BN sendiri.

Ketidaksetiaan anggota-anggota parti komponen BN itu terbukti apabila jumlah undi yang diperolehi adalah berkurangan daripada jumlah keanggotaan mereka.

Sivamurugan berkata terdapat sebanyak 5,600 anggota dari partiparti komponen BN malah anggota Umno sendiri adalah sebanyak 5,400 tetapi BN hanya mendapat 5,067 undi sahaja.

Penulis terkenal Kassim Ahmad pula berkata, kekalahan Umno telah diduga kerana rakyat masih mahu memberi peluang kerajaan pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda mereka.

"Walaupun jumlah majoriti Pas telah berkurangan tetapi ia tidak sampai 1,000 pun dan ini menunjukkan rakyat masih percayakan pakatan pembangkang dan menolak sistem dan dasar pemerintahan kerajaan sekarang," kata beliau.

Katanya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, isu rasuah, integriti dan moral yang dibawa oleh pembangkang masih mempengaruhi pengundi.

"Terdapat juga rakyat yang mahukan kerajaan memperkenalkan sistem dua parti seperti yang diamalkan oleh negaranegara Eropah dan disebabkan itu mereka menyokong pembangkang supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN," kata beliau. BERNAMA

mStar

Permatang Pasir: Keputusan Mengikut UPU - Skuad Dun Bt. Caves

Peti Undi PAS BN MAJORITI

Samagagah 1397 594 803

Pmtg Ara 1397 1075 322

Pmtg Pauh 875 354 521

Bkt.Indera Muda 1302 862 440

Kg Pelet 738 546 192

Kubang Semang 773 275 498

Tanah Liat 971 500 471

Cross Street 938 300 638

Pmtg Tengah 1225 555 570

Undi Pos 2 6 -4

Jumlah 9618 5067 4551

sumber mtd permatang pasir.

Skuad Dun Bt. Caves

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah - Malaysiakini

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.

"Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.

"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN.

"Tapi apa pun, kita terima keputusan ini kerana seperti apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen. Saya menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita malam ini.

Beliau berkata, BN harus memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut serta menganalisa, menilai serta meneliti sokongan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain.

"(Bagi) majoriti (pengundi) Melayu, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, kita lihat tidak ada berganjak sokongan yang diterima oleh BN," katanya.

Pengundi hantu

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, proses pilihanraya kecil ini membolehkan BN membuat penilaian dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata, faktor calon mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan BN.

"Pembangkang sedikit sebanyak mengekploitasi masalah yang dihadapinya. Tetapi jika diambil kira pada peringkat akhirnya, ada penerimaan, kita kaji (keputusan) tidak banyak berbeza dengan yang lepas," tegasnya.

Ditanya mengenai saranan untuk memperkuatkan Umno dan BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:

"Kita harus bekerja keras untuk mendampingi rakyat dan juga pengundi. Kita harus memahami sikap mereka dan hubungan akrab dengan pengundi.

"Kita perlu ambil kira daftar pemilih walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kata tidak ada pengundi hantu, mungkin ada yang daftar di Permatang Pasir tidak ada di sini.

"Jadi perkara ini harus diberi perhatian oleh kepimpinan umno di Permatang Pauh," tambahnya.

Serangan peribadi

Sementara itu, Rohaizat juga menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka.

"Ini adalah suara rakyat dalam amalan demokrasi. Dalam pertandingan, ada yang kalah dan yang menang. Tahniah kepada PAS," katanya.

Ditanya mengenai sokongan yang diterimanya, Rohaizat berkata: "Tidak banyak berbeza dengan sahabat saya yang dahulu.
Sokongan kepada saya masih tetap tidak berubah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedikit kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN.

Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.

Menjawab pertanyaan media, Rohaizat menolak isu serangan peribadi terhadapnya sebagai salah satu faktor kekalahannya.

Katanya, ini kerana jumlah undi yang diperolehinya - berbandingan dengan calon BN dalam pilihahraya umum lalu - adalah lebih kurang.

"Jadi saya rasa ia bukan faktornya," tambah Rohaizat.

Malaysiakini

Tuesday, August 25, 2009

Terkini: Keputusan Rasmi Permatang Pasir


PAS - 9618
BN -5067

Majoriti PAS - 4551




Peratusan keluar mengundi merosot - Malaysiakini

Sejumlah 73.1 peratus atau 14,832 orang keluar mengundi apabila proses pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Jumlah tersebut merosot 1,971 orang atau hampir 10 peratus berbanding dengan peratusan yang keluar mengundi pada pilihanraya umum tahun lalu.

Pilihanraya umum tahun lalu menyaksikan 82.5 peratus atau 16,803 orang keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengharapkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 20,290 pemilih keluar mengundi hari ini.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 undi.

Kali ini, calon PAS, Mohd Salleh Man berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman.

Mohd Salleh, 52, merupakan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Rohaizat, 38, adalah setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

Sehingga jam jam 4 petang tadi, 70.5 peratus atau 14,031 telah keluar mengundi. SPR mensasarkan 80 peratus pemilih akan keluar mengundi.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Malaysiakini

Proses pengundian di P Pasir tamat - Malaysiakini

Sehingga jam jam 4 petang tadi, 70.5 peratus atau 14,031 telah keluar mengundi. SPR mensasarkan 80 peratus pemilih akan keluar mengundi.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir.

Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Malaysiakini

47.2% mengundi sehingga 12 tengahari - Malaysiakini

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.

Laporan awal:

Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.

Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".

Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.

Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Malaysiakini

PAS dijangka menang tetapi berapa majoritinya? - Harakah

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos - 20,290 pengundi Permatang Pasir keluar mengundi hari ini. PAS dijangka akan mengekal kerusi ini namun persoalannya adalah jumlah majoritinya.

Para peramal mula membuat ramalan sejak semalam tentang jumlah majoriti yang bakal dimenangi oleh calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Jumlah yang paling rendah adalah PAS akan menang dengan 2,500 undi majoriti. Paling tinggi diberikan adalah 3,500 undi majoriti.

Namun begitu ada juga pihak yang meramalkan PAS mampu menambahkan majoriti yang diperolehinya berbanding pilihan raya umum tahun lepas. Ini berdasarkan masalah calon BN, Rohaizat Othman yang paling ketara sejak siri pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Di pihak BN pula, harapan untuk menang tidak ada langsung kepada mereka. Apa yang ditumpukan kini adalah mengurang majoriti kemenangan calon PAS.

Antara senjata utama yang dikira berkesan adalah penempatan anak-anak angkat di rumah-rumah bekas penyokong Umno yang didapati telah lari menyokong Pakatan Rakyat khasnya Datuk Seri Anwar dalam pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada mana-mana pengundi yang sedia menerima anak angkat dari kalangan Puteri Umno ini. Antaranya pembinaan tandas baru serta menukar bumbung rumah.

Masalah besar kepada BN adalah calon mereka Rohaizat Othman yang tidak diterima oleh cawangan-cawangan Umno sendiri. Hanya tujuh dari kira-kira 30 cawangan Umno di Permatang Pasir menerima Rohaizat sebagai calon. Selebihnya menolak.

Pendedahan demi pendedahan tentang peribadi Rohaizat menyukarkan jentera BN untuk membuat promosi terhadap beliau. Yang terbesar adalah isu tindakan Majlis Peguam menarik balik lesen guaman beliau akibat pecah amanah dan masalah isteri kedua beliau yang ditinggalkan.

Namun pertemuan hampir empat jam antara Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Ahad lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kedua-duanya dilihat bertemu dan berbincang di sebuah kelab dekat Sunwaycity, Seberang Jaya, mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam. Ramai wartawan yang menginap di sini.

Dalam pilihan raya 2008, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS) mengalahkan calon Umno Ahmad Sahar Shuib dengan 5433 undi majoriti.

Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi tadi.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Harakah

Live dari Permatang Pasir - WRLR

http://wrlr.blogspot.com/2009/08/live-dari-permatang-pasir.html

Hari penentuan di Permatang Pasir - Malaysiakini

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Calon PAS, Mohd Salleh Man akan mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

Mereka terdiri daripada 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Mohd Salleh, 52, merupakan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Rohaizat, 38, adalah setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Lapan pusat mengundi itu dibuka di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama
Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang
Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Manakala Jabatan Kajicuaca meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini.

Anwar terawal mengundi

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara yang terawal keluar mengundi pagi ini.

Anwar, Wan Azizah dan Mohd Salleh tiba di pusat mengundi SK Seri Penanti pada kira-kira jam 8.20 pagi untuk mengundi.

Bercakap kepada pemberita, Anwar berkata beliau yakin Mohd Salleh akan menang dengan majoriti selesa.

Beliau juga puashati dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang menurutnya telah bekerja kuat untuk memastikan akan kemenangan Mohd Salleh.

Anwar juga berkata, petugas Pakatan juga diminta supaya mengesan sekiranya ada pengundi hantu.

Menurutnya, petugas parti itu akan memantau kenderaan dan bas bagi mengesan pengundi hantu.

Malaysiakini

Monday, August 24, 2009

Tindakan Radzhi untungkan Pakatan - Harakah

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Pengisytiharan keluar PKR oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd Radzhi Salleh tidak banyak memberi keuntungan kepada dirinya mahupun kepada BN.

Apatah lagi pengumuman dibuat selepas gagal memujuk ADUN pakatan lain bersamanya.

Dakwaan bahawa Umno mendapat talian hayat baru dengan pengisytiharan tersebut adalah meleset sama sekali apabila satu persatu pekong Radzhi mula didedahkan oleh mereka yang mengenali diri beliau khususnya dalam media internet.

Mengulas perkara itu Ketua Penerangan PKR, Lateefa Koya berpendapat, isu ini tidak banyak membantu Umno khususnya, jika dicanang kepada pengundi di Permatang Pasir.

?Saya tak fikir, dengan menggunakan Adun yang bermasalah ini, Umno BN boleh mendapat undi. Calon mereka sendiri (Rohaizat) pun bermasalah, itu memperbodoh pengundi namanya. Tapi ianya tidak pelik, sebab pada saya Umno memang tengah desprate (terdesak) sekarang,? ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mohd Radzhi dikatakan mempunyai beberapa rekod buruk sebelum menjadi Adun lagi termasuk semasa dia bertugas di Pejabat Pos Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia juga dikatakan mengalami masalah rumahtangga serius.

Sepanjang bergelar wakil rakyat pula, dia dikatakan jarang berada dikawasan dan sering mengabaikan masyarakat di kawasannya.

Prestasinya yang lemah semasa menjawat jawatan dalam kerajaan negeri itu juga turut diadu masyarakat setempat sehingga beberapa amaran diberikan kerajaan negeri kepadanya agar meningkatkan prestasi kerja.

Hairannya, dalam keadaan gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan juga exco, beliau masih mengemukakan tuntutan perbelanjaan melampau kepada kerajaan negeri sehingga membawa dirinya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.

Jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia yang disandangnya juga didakwa digunakan lebih kepada dirinya sendiri berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat.

Semasa menjawat jawatan itu, dia didakwa telah membeli harta, memiliki kilang dan kedai makan.

Ramai yang berpendapat, beberpa masalah termasuk masalah disiplin dengan kerajaan pakatan Kedah, masalah perkahwinannya di Thailand dan masalah berdepan siasatan SPRM berhubung tuntutan melampau telah menyebabkan dirinya dalam keadaan tersepit.

Ruang tersebut telah digunakan Umno bagi ?memanfaatkan? Adun Lunas ini sebagaimana yang dilakukan terhadap dua Adun PKR di Perak sebelum ini.

Tindakannya meletakkan sebab ?tidak percaya kepada pucuk pimpinan parti? untuk keluar PKR dilihat sebagai alasan semata-mata.

?Yang saya hairan kenapa SPRM yang sebelum ini kata akan siasat kes itu tetapi tiba-tiba kata tiada kes lepas dia (Radzhi) umum keluar PKR, semacam ada perundingan dan tawaran tertentu bagi menutup kes ini pula,? ujar Lateefa.

Seperti yang didedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media malam tadi, bahawa pihaknya telah lama mengesan wujud cubaan menggunakan Radzhi untuk menarik beberapa lagi Adun pakatan lain supaya menyertai BN tetapi gagal.

Beberapa bulan lalu katanya, dia mendapat aduan dari beberpa orang Adun mengatakan dipujuk oleh Radzhi supaya berpindah kepada Umno dan akan dibayar dengan jumlah yang tinggi.

Dengan rekod yang dimiliki Radzhi, ternyata Umno tidak mudah menggunakan bekas Adun PKR itu sebagai peluru kempen memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat khasnya PKR gambira dengan tindakan bekas Adun mereka itu dari terus menjadi duri dalam dagung dan memburukkan imej parti dengan sikap dan rekod yang dimilikinya.

Ianya juga sekaligus menguntungkan Pakatan dengan memberikan kredit yang besar kepada imej bersih calon PAS di Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man yang dilihat calon terbaik untuk rakyat.

Semalam, Mohd Radzhi Salleh mengumumkan keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini dijangka menghadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi memaklumkan permintaan PKR supaya Radzhi, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan exco.

Kedah mempunyai lima Adun dari PKR dan tiga daripadanya termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

PAS mempunyai 16 Adun dan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri. BN pula mempunyai 14 Adun, manakala DAP hanya mempunyai seorang Adun.

Dengan keputusan Radzhi, komposisi Adun dalam Dun Kedah adalah 21 Pakatan Rakyat, 14 BN dan satu bebas. _

Harakah

Sunday, August 23, 2009

Bapa Rafizah tuntut Rohaizat isytihar beristeri dua - Malaysiakini

eksklusif Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.

"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

Malaysiakini

Saturday, August 22, 2009

Pemimpin UMNO Salah Menyalah Sesama Sendiri - Siasah

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Umno yang disifatkan tersilap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir terus berada dalam dilema untuk menghadapi serangan bertubi-tubi dari pihak lawan terhadap calon berkenaan.

Sehingga hari keempat berkempen parti itu dilihat masih berada dalam situasi bertahan - apabila kempen-kempen penerangan mereka yang melibatkan pimpinan dari pelbagai peringkat terpaksa memberi tumpuan untuk menjawab serangan ke atas calon mereka, Rohaizat yang menjadi isu utama modal kempen di pihak PAS setakat ini.

Dalam perkembangan terbaru, sumber dalaman Umno mendedahkan isu keperibadian Rohaizat Othman calon) kini menjadi masalah dalaman kepada Umno apabila para pemimpin mereka mula menunding jari sesama sendiri atas kesilapan memilih Setiausaha Umno Permatang Pauh itu sebagai calon.

Menurut sumber tersebut, dalam satu mesyuarat Umno yang diadakan semalam (Jumaat) berlaku salah menyalah antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Muhyiddin tunding jari pada Zahid kerana tidak periksa latar belakang calon betul-betul, Zahid pula seperti salahkan Jalil kerana dikatakan tidak memaklumkan kepada beliau.... Jalil pula cuba mengelak dengan pelbagai alasan lagi," kata sumber tersebut.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasation juga mengesahkan turut mendapat maklumat daipada beberapa orang dalam Umno perihal salah menyalah antara pemimpin Umno ekoran pemilihan Rohaizat sebagai calon.

Berucap dalam ceramah kelompok di Kampung Petani, Saifuddin berkata masalah tersebut bertambah parah apabila bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohammad turut mengeluarkan kenyataan negatif terhadap Rohaizat.

Umno di peringkat awal masih cuba untuk menutup isu tersebut melalui penjelasan para pimpinannya bagaimanapun perkembangan demi perkembangan yang berlaku di Permatang Pasir teruamanya kemunculan Yusri Isahak yang berceramah dipentas PAS semakin menyukarkan parti itu.

Yusri merupakan rakan kongsi Rohaizat dalam bidang guaman yang cuba disalahkan berhubung penggunaan wang koperasi pekebun getah oleh firma guaman mereka.

Yusri muncul dihari ketiga berkempen untuk menjelaskan perkara sebenar serta membersihkan namanya - satu tindakan yang semakin memberi tekanan kepada Umno.

Saifuddin mengulas lanjut perkembangan tersebut berkata, pimpinan Umno sepatutnya tidak perlu tunding menunding antara satu sama lain kerana rekod kesalahan moral Rohaizad sebenarnya telah didedahkan sebelum hari penamaan calon lagi.

Kata beliau, Rohaizad sewaktu diambil tindakan oleh Bar Council melalui jawatankuasa disiplin badan itu adalah ketika badan (disiplin) itu dipengerusikan oleh salah seorang pimpinan Umno Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman.

Tan Sri Khalid juga merupakan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang sewaktu Tan Sri Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri berada di luar negara.

"Beliau (Tan Sri Khalid) juga salah seorang ahli lembaga disiplin Umno, jadi tidak timbul soal tidak tahu latar belakang Rohaizad ini," katanya.

Siasah

BN Mula Edar Risalah Hasutan Secara Terbuka - TVA

Umno-BN menerima tamparan hebat selepas mengemukakan calon yang disenarai hitam Majlis Peguam kerana menyeleweng wang Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Sehingga ke hari ini, calon Umno-BN Rohaizat Othman belum menjawab pendedahan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak, yang membuat pendedahan terbuka mengenai penyelewengan yang dilakukan calon berkenaan.

Disaat genting seperti ini, jentera Parti Keadilan Rakyat di Dun N11 Permatang Pasir mengesan cubaan pihak-pihak tertentu menggunakan taktik 'false flag' bagi menarik sokongan pengundi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Umno-BN menggunakan nama Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dalam risalah-risalah yang diedarkan kepada pengundi menggesa supaya orang-ramai tidak menyokong calon Pas Salleh Man Mat Aji.

“Ia jelas bertentangan dalam adab dan pendekatan dalam pilihanraya, saya ingin mencabar Khairy Jamaluddin jangan gunakan taktik politik ini dan jangan ajak PKR atau Pas untuk terlibat dalam politik fitnah, adu domba seperti mana yang ditinjukkan melalui risalah,” katanya.

Lebih-lebih lagi di bulan mulia Ramadhan, Shamsul menyeru pihak terbabit supaya bertaubat dan kembali kepada corak kempen yang sihat.

AMK turut menyatakan kekesalan dengan tindakan terdesak Umno-BN, dan mengatakan bahawa AMK bersedia untuk mengheret individu-individu bertanggungjawab ke mahkamah.

“Fitnah seperti ini diedar kepada rakyat dan diedar secara terbuka dan berani oleh mereka yang memakai baju BN. Saya cabar mereka nafikan,” katanya.

Siastan mendapati risalah yang diedarkan itu berbaur perkauman dan menghasut kepada kebencian. Shamsul berkata mesej seperti ini tidak selari dan tidak diterima sama-sekali oleh PKR.

Menyentuh isu yang sama, Ketua AMK Pulau Pinang Yusmadi Yusoff tidak menolak risalah-risalah ini adalah antara komplot Umno-BN memporak-perandakan keutuhan saf Pakatan Rakyat.

Beliau tidak menolak pengedaran risalah-risalah ini mungkin cubaan untuk 'mindsetting' minda rakyat, sebelum disusuli dengan rancangan yang lebih besar.

“Saya mencabar pemuda Umno sekiranya betul 10 perkara yang ditulis ini hendak diracuni kepada masyarakat Pulau Pinang, mari kita berhujah mengenai isu 10 perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Kementerian Dalam Negeri berhubung isu pengundi hantu.

Tian Chua berkata siasatan jentera PKR turut mendapati adanya pengundi ragu bukan sahaja dalam pilihanraya Permatang Pasir, bahkan dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Demikian itu, Khairy diminta untuk tidak berlengah-lengah sehinggalah hari pengundian nanti, sebaliknya memfailkan aduan segera.

Tian Chua menggesa Pengarah SPR dipecat dalam usaha mewujudkan suasana pilihanraya yang bersih.

“Mereka sebahagian daripada kerajaan, bukan sahaja mempunyai bukti namun ada kuasa untuk selesaikan masalah. Kalau betul ada pengundi hantu, SPR seperti yang dicadang oleh Pakatan Rakyat, Pengerusi SPR harus dipecat.

“Ini bermakna pengerusi SPR tidak cekap dan tidak bertanggungjawab dan membenarkan ini berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran polis yang ramai di Dun N11 terutamanya dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Bendahari Agung PKR William Leong berkata ia merupakan satu tindakan cuba menakut-nakutkan orang ramai.

“Di ceramah jika kita tengok ramai polis beruniform untuk menakutkan rakyat mendengar walaupun Perlembagaan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun terutamanya dalam kempen politik,” katanya.

TVA

Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat - PerakExpress

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.”

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

“Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.

PerakExpress

Thursday, August 20, 2009

Bekas rakan kongsi Rohaizat tampil bela diri - Malaysiakini

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak - bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff and Rohaizat - membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Online yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat - Yusri - dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Malaysiakini

Wednesday, August 19, 2009

Salahuddin cabar Zahid berdebat - Malaysiakini

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon BN pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada naib presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan tentang calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di Bukit Mertajam malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata:

"Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka."

Pada pilihan raya kecil itu, Rohaizat, 38, yang merupakan setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, berdepan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lepas kerana sakit jantung. BERNAMA

Malaysiakini

Tuesday, August 18, 2009

Penjelasan Majlis Peguam mengenai kes Calon BN - PerakExpress

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.

Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.

Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.

Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.

George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

PerakExpress

MP Padang Serai dituduh guna jenayah kekerasan terhadap polis - mStar

BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi dikenakan tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Pemimpin PKR pusat itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesnya akan disebut semula pada 28 September.

Kira-kira 11.20 pagi semalam, Gobalakrishnan ditahan kerana didakwa cuba menghalang tugas polis ketika penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Gobalakrishnan, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir proses penamaan calon di Institut Kemahiran Beliau Negara (IKBN), ditahan di luar pusat tersebut.

Beliau merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar untuk memberikan sokongan moral kepada para penyokong mereka yang berkumpul di sebelah kiri IKBN.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub Yaakob menjelaskan, Gobalakrishnan ditahan apabila menyerang anggota polis yang meminta beliau tidak menggunakan pembesar untuk berucap di hadapan para penyokongnya.

Kata beliau, Gobalakrishnan telah diberikan amaran dua kali agar tidak menggunakan pembesar suara.

Seorang anggota polis dipercayai cedera dalam kejadian itu.

mStar