Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, February 2, 2010

Laungan Reformasi Bergema di Mahkamah Jalan Duta - TVS

Lagi perkembangan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana di perkarangan Mahkamah Jalan Duta menjadi kecoh seketika apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkah keluar dari Mahkamah Jenayah 3.

Kira-kira 500 penyokong Anwar yang diketuai oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua memberikan kata semangat sambil melaungkan ungkapan reformasi.

Perbicaraan Anwar akan bersambung semula jam 2.30 petang ini.

TVS

Perbicaraan Anwar Bermula Hari Ini

Perbicaraan konspirasi II Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh ke jam 2.30 petang. Tv Selangor sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum itu tepat jam 9 pagi, Anwar melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan tiga ananya termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.

Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani beberapa duta asing dari Sweden dan Amerika Syariat.

Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.

Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum sesiapa dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.

TVS

No comments: