Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, August 12, 2009

Dr Asri: Replika Najib juga tidak patut didirikan - mStar

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendirian bahawa replika Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak patut didirikan sepertimana juga dalam pendiriannya yang sama sebelum ini terhadap replika Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Asri, beliau konsisten dalam pendirianya berhubung dengan perkara itu dan mahu pihak yang mempertahankan perkara ini satu masa dahulu turut konsisten dengan pendirian mereka.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta Dr. Asri menyatakan pendiriannya mengenai replika Najib yang didirikan di perkarangan kuil Batu Caves.

"Saya konsisten menyatakan seperti mana replika Anwar tidak patut didirikan, maka begitu juga replika Najib.

"Apabila saya menegaskan konsistensi saya dalam perkara ini, saya juga ingin melihat sejauh mana konsistensi pihak (PKR) yang membolehkannya dahulu," kata Dr. Asri.

Dr. Asri menyatakan perbuatan itu berunsur pemujaan pemimpin secara berlebihan dan ia tidak akan menguatkan kedudukan politik seseorang.

Tegas beliau, seorang pemimpin bukan dinilai pada besar kecil saiz patutungnya sebaliknya pemimpin dinilai pada pemikiran, sikap dan kerjayanya.

Dalam pada itu Dr. Asri menegur sikap PKR yang sering berubah pendirian apabila hanya membolehkan pemimpin mereka yang mendirikan replika.

"Haram itu untuk musuh, halal itu untuk diri sendiri, musuh semua salah, diri sendiri semua betul.

"Sepatutnya mereka yang mempertahankan untuk Anwar, mereka juga kena mempertahankan untuk Najib kali ini," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Adun Batu Caves, Amirudin Shari menjadi kontroversi ekoran replika penasihat PKR yang didirikan akhir tahun lalu.

mStar

No comments: