Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, November 11, 2009

Analisis: Persepsi Tentang PKR - PerakExpress

Oleh:MSK

Sekarang….sibuk orang bercakap tentang ‘persepsi’, terutama orang Pas. nasib baik lah sekarang mereka menggunakan perkataan ‘persepsi’, boleh jugak aku faham. Kalau depa pakai perkataan Arab..naya la aku.

Dah dua kali aku mengikuti seminar tentang ‘persepsi’. Bukan calang-calang orang yang datang bagi kuliah…konsultan terkenal dari Amerika. Pakar membina imej yang membantu Obama memenangi pilihanraya Presiden.

Dari bagaimana membuat slogan, sampai kepada cara berpakaian. Bagaimana team Obama berfikir sedetail-detailnya. Dan sudah pasti, kejayaan Obama membuatkan idea mereka sentiasa diminta dari seluruh pelusuk dunia.

Apabila PKR Pulau Pinang berkonvensyen semalam, tiba-tiba datang idea nak membandingkan PKR dengan Demokrat. Anwar dengan Obama.

Dan dari warna-warna yang dipamerkan, Anwar tidak akan mampu menjejaki kejayaan Obama menjadi Presiden. Apakah Anwar mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau setakat ini…aku tak yakin.

Imej mencipta persepsi. Imej membuat orang berfikir sendiri dan membuat keputusan sendiri. Tak perlu buat sidang akhbar menafikan akan bersekongkol dengan Umno, kalau imej itu sudah rosak. Itu cuma contoh. Manusia membuat kesimpulan berdasarkan apa yang dia nampak..bukan apa yang dia dengar.

Kita boleh berceramah tentang Umar Ibn Aziz yang tanggung beras bantu orang miskin, tapi kalau kita sendiri naik Harrier, tak pernah masuk kampung…sapa pun tak percaya. Walaupun dalam Harrier kita penuh guni beras.

Kejayaan Obama adalah kerana dia berjaya mencipta imej sebagai pemimpin rakyat. Dia mempunyai kelebihan berpidato. Dia mempunyai imej bersih. Dan yang lebih penting, dia dilihat sentiasa berdamping dengan rakyat. Dia sentiasa berhubung dengan rakyat. Dan dia menggunakan teknologi untuk berhubung dengan rakyat. Facebook, twitter, web, blog…semua digunakan. Dan yang lebih penting, teknologi ini digunakan secara konsisten.

Mesej sentiasa dijawab. Web selalu dikemaskini. Blog sentiasa membawa berita baru. Teknologi dipergunakan semaksima mungkin untuk mencipta persepsi bahawa Obama adalah pemimpin rakyat.

Dan teknologi membantu Obama memenangi jawatan Presiden.

Cuba lihat atau lawat laman-laman Obama ini. Facebook, twitter, malah laman rasmi whitehouse.org juga mempunyai imej yang sama. Konsisten.

Selanjutnya....

No comments: