Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, November 12, 2009

Korea Berminat Jalin Kerjasama Dengan Negeri Selangor - TVS

Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Korea , Bong Ryull Yang, bagi membincangkan mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor.

Menurut Tan Sri Khalid antara peluang tersebut adalah projek pembersihan Sungai Kelang dimana Bong Ryull mahu menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.

Antara perkara-perkara yang mereka menarik minat Pesuruhjaya Tinggi Korea adalah usaha pembersihan Sungai Kelang,dimana mereka mahu menbincangkan dengan lebih jelas berkaitan cadangan mereka kepada kerajaan negeri Selangor. Saya pturut difahamkan bahawa pihaknya di Korea Selatan mempunyai banyak pengalaman dari segi pembersihan Sungai Kelang,"jelasnya.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas selesai hari keempat sidang Dewan Negeri Selangor, di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ,petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid ,beliau telah menerima lebih sebelas permohonan mengenai usaha pembersihan Sungai Klang ini.

Walaubagaimanapun menurut Tan Sri Khalid kerajaan negeri masih lagi perlu menimbang tawaran yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi Korea itu.

Antara sebelas permohonan tersebut empatnya terdiri daripada pengusaha-pengusaha luar Negara iaitu termasuk Korea, Singapura, China dan Eropah.

TVS

No comments: