Suasana sidang Dewan Undangan Negeri hari ini gamat seketika apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek, Yap Ee Wah (BN) mengajukan soalan berhubung langkah kerajaan negeri memulihkan keharmonian selepas berlakunya demonstrasi kepala lembu Ogos lalu. .
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan soalan berkenaan sebagai pelik kerana Ee Wah sebenarnya sedia maklum mengenai dalang demonstrasi berkenaan yang cuba mengeruhkan keharmonian sedia ada.
Bagaimanapun menjawab pertanyaan itu, Khalid berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai kuil terbabit.
“Kita juga adakan perbincangan dengan pihak tertentu, ambil langkah munasabah dan ambil kira kehendak masyarakat. Rakyat perlu diberi keadilan dari segi kebebasan beragama dan bina penempatan untuk sembahyang atau beribadat di tempat sesuai.
“Kita sentiasa memantau supaya rakyat Selangor dapat memahami bukan senang untuk menyelesaikan masalah satu pihak tetapi semua rakyat yang mempunyai kepentingan berlainan,”katanya.
Dewan turut menyaksikan Khalid membidas solalan tambahan yang diajukan Ee yang mendakwa demonstrasi demonstarsi kepala lembu itu menjukkan kerajaan negeri lemah menangani isu agama.
“Sungai Pelek, sekali lagi ungkapan yang dibuat (soalan berkenaan) kena cermin muka kumpulan saudara (Pembangkang) siapa yang terlibat. Usaha saya lakukan (pemindahan kuil) ini bukan perkara baru, untuk selesaikan masalah lepas bukan masalah baru. Oleh sebab itu kita selesaikan. Kita tidak sorok, kita bukakan,” katanya.
“Mereka-mereka yang telah melakukan perkara-perkara yang dianggap melanggar undang-undang telah dikemukakan di mahkamah dan tidak perlu dibahaskan. Dari data kebanyakannya terdiri dari ahli Umno, tidak bererti melambangkan parti tetapi bergerak sebagai individu,” katanya.
Khalid berkata kesal adun pembangkang lebih gemar menghabiskan masa menanya soalan-soalan picisan walhal isu ekonomi dan kebajikan rakyat adalah jauh lebih penting
“Soalan yang saudara bangkitkan itu saya rasa merugiklan masa saya dari segi pembangunan. Usaha pembangunan negeri ini mesti dilakukan bersama. Sebab itu usaha kita mengambil rakyat bekerja kita tidak kira dari parti mana, kumpulan mana, dari kampung mana sebab mahu rakyat tingkatkan pendapatan,” katanya.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Monday, November 9, 2009
Khalid Gesa Pembangkang Kemuka Soalan Bernas - TVS
Labels:
BN,
Pakatan Rakyat,
Selangor,
Semasa,
Sidang DUN,
Tan Sri Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment