Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, March 10, 2010

AMK Hantar Fatwa Dr Yusuf Al Qaradawi Kepada PM - SK

SHAH ALAM 9 Mac - Angkatan Muda KEADILAN, akan menghantar salinan VCD tokoh Maal Hijrah 2009, Dr Yusuf Al Qaradawi mengenai fatwa yang dibuat dalam kes fitnah dan pertuduhan liwat yang dihadapi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya esok.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar berkata, salinan VCD itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal islam), Datuk Jamil Khir Baharom.

VCD itu berjudul 'fatwa mutahir fatwa Yusuf qaradawi' berhubung konspirasi ke dua Anwar yang mengandungi rakaman sidang video fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi Anwar.

"Tujuan kami supaya PM mendengar fatwa yang dikeluarkan ulama yang telah diberi gelaran sebagai Tokoh Maal Hijrah di negara ini pada 2009 dan menjadi panduan kepada beliau supaya mengambil tindakan dan hanya berdiam diri. Kita mendesak Najib supaya menghormati undnag-undang syariah dan fatwa dari ulama tersohor ini,"tegas beliau.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari lalu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

SK

No comments: