KUALA LUMPUR, 16 MAC - Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi menangguh sidang Parlimen kali ini untuk membahas atau memanjangkan isu royalti minyak Kelantan dengan alasan ia bukan perkara yang perlu disegerakan.
Salahuddin berkata, usul itu dihantar pada 10 Mac lalu selepas penemuan dua dokumen penting yang membuktikan jawapan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Parlimen lepas merupakan jawapan yang sama sekali tidak menepati perjanjian digariskan oleh Petronas.
“Saya telah mendapat beberapa penemuan baru selepas parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas. Dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan yang awal oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika,”katanya.
Dua dokumen yang diperoleh oleh Salahuddin itu membuktikan bahawa Terengganu telah menerima bayaran wang royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian di antara Petronas dan kerajaan Terengganu.
“Yang pertama ialah surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu yang dihantar oleh Petronas pada 16 September 1978, kalau isu tiga batu nautika itu dipersoalkan, memang telaga-telaga minyak di Terengganu itu berada di luar, melebihi tiga batu nautika dan surat ini Petronas kepada pegawai kewangan yang menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum 1979 yang berjumlah RM 3.2 juta. Ini disebut sebagai bayaran royalty,”katanya.
Malah penjanjian di antara Petronas dan kerajaan Kelantan yang ditanda tangani oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohd Nasir pada 19 Mei 1975 membuktikan tidak wujud syarat tiga batu nautika dalam hak untuk mendapatkan wang royalti minyak.
“Ini telah menunjukkan bahawa tidak timbul langsung isu tiga batu nautika, onshore atau offshore, yang penting selagi mana ia diletakkan di perairan negeri tersebut maka Petronas perlu membayar royalti 5 peratus, jadi, dua dokumen yang saya kemukan ini merupakan hujah yang cukup kuat untuk kita menafikan langsung tentang isu tiga batu nautika dan isu wang ihsan sepertimana yang diberikan oleh jawapan oleh PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi yang lepas,”katanya.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment