Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, March 19, 2010

Umno-BN Mahu Gantung Anwar Dedah Kaitan Najib Dengan Yahudi- Zionis - SK

KUALA LUMPUR 19 Mac - Rancangan jahat Umno dan Barisan Nasional untuk menyekat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menyelongkar dan membongkar segala penyelewengan dan kezaliman mereka tidak akan melunturkan semangat untuk terus bangkit dan membenamkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Berikutan pendedahan Anwar semalam di dalam Parlimen berhubung hubungkait rapat antara konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan 1Israel, kedua-duanya diilhamkan oleh syarikat perunding imej dan komunikasi Yahudi-Zionis, APCO Worldwide, Umno-BN kini mahu mengheret Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hari ini Kabinet akan bermesyuarat esok dan beliau akan membangkitkan isu kerana menganggap tindakan Anwar itu "keterlaluan".

"Jawatankuasa khas itu kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan perlu diambil ke atas ketua pembangkang kerana meluahkan kenyataan palsu di dalam Dewan, khusus berhubung perkara yang tidak benar mengenai PM,” kata Nazri.

Tambah Nazri sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau akan digantung daripada sidang Parlimen.

Mengulas perkembangan ini Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Anwar bukan sahaja telah mendedahkan 1Malaysia sebagai ilham APCO yang juga telah memperkenalkan 1Israel kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 1999, malah beliau juga telah membongkar banyak isu lain di Parlimen termasuk isu pembunuhan Altantuya, rasuah RM540 juta kalap selam Scorpene, rasuah RM400 juta jet pejuang Sukhoi serta skandal rasuah PKFZ.

"Kenapa nak seret Datuk Seri Anwar hanya berhubung isu APCO sahaja. Beliau hanya menimbulkan persoalan kenapa Najib mengambil APCO sebagai konsultan jika sudah mengetahui latarbelakang syarikat itu yang ada kaitan dengan Zionis Israel. Saya cabar seret beliau juga atas dakwaan mengenai Altantuya, Scoprpene, Sukhoi, PKFZ dan lain-lain kebobrokan Umno dan BN. Saya nak tengok mereka berani atau tidak," kata Johari ketika dihubungi Suara Keadilan.

Johari berkata beliau telah mendapat jawapan bertulis daripada Parlimen bahawa kerajaan tidak menolak mereka mengambil khidmat APCO bagi tujuan memperbaiki komunikasi dan imej kerajaan.

"Ini bermakna kerajaan mengaku mengambil khidmat APCO. Dengan pengakuan ini kerajaan juga mengaku mengupah sebuah syarikat yang ramai lembaga pengarah dan panel penasihatnya adalah dari negara Zionis Israel itu. Ini juga bermakna Umno-BN bersekongkol dengan sebuah syarikat yang telah menindas dan membunuh puluhan ribu rakyat Palestin serta merampas tanah Palestin dan Baitul Muqaddis.

"Pendedahan Anwar itu telah membuat Najub melenting kerana sekarang rakyat sudah tahu tembelang dan penipuan Umno-BN selama ini yang mendabik dada sebagai jaguh Islam tetapi tidur sebantal dengan Yahudi-Zionis," tegas beliau lagi.

Beliau menambah Umno-BN mahu menyeret Anwar ke jawatankuasa Parlimen itu supaya Ketua Pembangkang itu tidak mampu lagi membuat banyak lagi pendedahan mengenai penyelewengan Umno-BN selama lebih 50 tahun di Parlimen.

"Sudah terlambat bagi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja sekarang dengan sedikit kuasa yang ada pada tangan mereka tetapi rakyat sudah membuat keputusan.

"Mereka boleh beli 10-15 Ahli Parlimen sekalipun dan menggunakan institusi negara untuk terus berkuasa tetapi mereka tidak mampu menyekat kebangkitan rakyat yang kini kita boleh rasakan menyemarak diseluruh negara.

"Rakyat sudah muktamad dalam keputusan mereka apabila Najib sabitkan Anwar dengan Konspirasi II terhadap beliau. Rakyat menunggu dengan penuh kesabaran untuk menumbangkan Umno-BN untuk selama-lamanya," kata Johari lagi.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman Abdul Rahman Yusof berkata adalah tidak wajar kerajaan meletakkan kepentingan sebuah syarikat asing lebih mengatasi anggota Parlimen yang dipilih rakyat yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang oleh wakil-wakil rakyat.

"Nazri tidak kata fakta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang salah tetapi hanya berkata ianya keterlaluan, saya nak tanya keterlaluan dari segi apa?

"Adakah Najib cuba melindungi APCO daripada kemuliaaan Dewan yang memberi kebebesan bersuara kepada anggotanya apatah lagi

Ketua Pembangkang yang berucap bagi pihak rakyat Malaysia?" kata Abdul Rahman yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu.

Beliau mendesak supaya kerajaan mendeahkan perjanjian dengan APCO dari segi perkongsian maklumat penting negara termasuk aspek keselamatan.

SK

No comments: