Pertubuhan haram, Hindraf Makkal Sakthi memulakan kempen antarabangsa untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ‘pembentangan hari awal’ atau Early Day Motion (EDM) di parlimen di Britain.
Pembentangan awal itu didedahkan oleh Suresh Grover yang mengetuai kumpulan pemantau -The Monitoring Group, sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Britain dan Ireland Utara.
Menurut Grover, penyokong Anwar meminta pengerusi Hindraf P Waythamoorthy (kanan) untuk membantu ketua umum PKR itu dan mereka mencadangkan supaya membentangkan EDM melaui seorang ahli parlimen.
Menurut Waythamoorty, ahli parlimen bagi Islington, North London, Jeremy Corbyn, bersetuju membawakan usul itu.
"Kami 100 peratus menyokong Anwar. Dia adalah lelaki baik yang dilayan dengan buruk oleh Kerajaan Malaysia,” kata Corbyn dalam wawancara telefon dengan Malaysiakini.
"Dakwaan yang dilemparkan ke atas beliau tidak betul. EDM adalah luahan parlimen berhubung perkara itu.”
MP dari parti buruh itu membuat penilaian terhadap Anwar berdasarkan perjuangan bertahun-tahun bekas timbalan perdana menteri itu untuk merapatkan kefahaman antara dunia Barat dan Islam.
Katanya, beliau dan kebanyakan ahli parlimen Britain yang lain telah lama mengenali Anwar dan berpendapat dia adalah pemimpin yang baik.
Mereka yang ingin memberikan pendapat mereka mengenai EDM berkenaan dijemputkan menghubungi Corbyn di corbynj@parliament.uk.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment