KUALA LUMPUR 16 MAC: Perbahasan sidang Parlimen bermula jam 10 pagi hari ini bermula dengan pertikaian terhadap gagasan 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga bertanyakan Najib mengenai keberkesanan gagasan itu.
Suasana hangat apabila Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mempersoal sama ada gagasan 1 Malaysia itu selari dengan pelaksanaan kerajaan.
Pengerusi DAP Kebangsaan itu merujuk kepada kenyataan bekas pegawai khas Perdana Menteri, Nasir Safar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah 1 Malaysia di Melaka, baru-baru ini.
Nasir Safar dalam ceramahnya ketika itu membuat kenyataan bahawa rakyat India yang datang ke Malaysia adalah pengemis manakala wanita Cina menjadi pelacur.
Najib apabila diasak persoalan itu, sebaliknya cuma menjawab pegawai yang membuat kenyataan bertentangan dengan prinsip 1 Malaysia telah dikenakan tindakan tetapi tidak menjelaskan bentuk tindakan tersebut.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment