Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, January 1, 2009

Rakyat tetap menolak BN- Saifuddin Nasution

KUALA TERENGGANU, 1 JANUARI (SK)- WALAUPUN peralihan kuasa Perdana Menteri antara Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak diwar-warkan akan memperbaiki kapal Umno yang makin tergelam, namun pada pandangan rakyat, Umno dan Barisan Nasional tetap harus ditolak.

Menurut Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasution mesej yang ditunjukan dalam pilihanraya Mac lalu telah menjadi isyarat kepada BN dan Umno tetap terus akan ditolak di Kuala Terengganu.

“Walaupun Perdana Menteri akan menyerahkan tugasnya kepada Timbalan Perdana Menteri, mesejnya kepada rakyat ialah rakyat tetap menolak UMNO dan BN,” katanya dalam ketika merasmikan Bilik gerakan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dan KeADILan Terengganu semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang Pakatan Rakyat telah mengenal pasti beberapa isu nasional dan tempatan sebagai bahan kempen untuk pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan.

Katanya antara isu nasional yang akan dibangkitkan ialah mengenai kemelesetan ekonomi dan kesannya terhadap kehidupan rakyat.

“Isu tempatan pula ialah mengenai royalti minyak yang sepatutnya diberikan kepada Terengganu sejak 2004 hingga 2007, berjumlah RM7 bilion serta masalah penempatan pengundi Cina di kawasan Parlimen berkenaan,” katanya dalam sidang media semalam.

Dalam ucapan semasa perasmian, Saifudin turut berkata peranan anggota dan fungsi Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah amat penting dalam menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

“Skuad AMK ada tugas tersendiri, sebab itu markas ini akan menjadi mercu tanda, sepertimana Pas membantu kita (KeADILan) di Permatang Pauh, begitulah kita menganggap calon Pas adalah calun kita yang bertanding (di Kuala Terengganu),”ujarnya dalam satu laporan di Buletin Online.

Sehubungan itu menurutnya perpaduan Pakatan Rakyat terus kukuh dan beliau baru sahaja selesai bermesyuarat bersama parti DAP dan Pas, berbincang strategi kempen, persiapan jentera dan mengatur program-program berimpak besar menghadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Sumber: Suara Keadilan



No comments: