Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, October 9, 2009

Tinjauan: 34 peratus setuju Malaysia bawah Najib semakin corot - TVA

Gemerlapan Perdana Menteri Najib Abdul Razak semakin malap, menurut hasil tinjauan Merdeka Center.

Dalam masa enam bulan sahaja memegang tampuk pemerintahan negara, persepsi umum terhadap Najib corot sebanyak 10 peratus dari 65 peratus Jun lalu kepada 56 peratus.

Menurut Merdeka Center, tinjauan ini bermula September 4 hingga 14 September dan membabitkan 1,027 peserta 21 tahun dan keatas.

Manakala untuk pecahan mengikut kaum, Merdeka Center melaporkan Najib semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat India dengan 68 peratus responden berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Antara sasaran Najib adalah memulihkan sokongan masyarakat bukan Melayu kepada Barisan Nasional, dengan memberikan pelbagai imbuhan antaranya saham Amanah Saham 1Malaysia dan bantuan usahawan.

Najib juga adalah Perdana Menteri yang kedua selepas bapanya yang melawat kuil Hindu Batu Caves.

Imbuhan Najib bagaiamanpun tidak memberi kesan kepada masyarakat Cina.

Menurut tinjauan Merdeka Center, Najib dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan beliau tidak mendapat sambutan dari masyarakat Cina (36 peratus).

Manakala sebanyak 64 peratus orang Melayu menyokong Najib.

"Secara amnya, tinjauan mendapati jumlah mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau pada takat 23 peratus berbanding 22 peratus pada Jun 2009," kata jurucakap Merdeka Center Ibrahim Suffian.

Berdasarkan tinjauan itu, Ibrahim berkata majoriti rakyat berpuas hati dengan usaha Najib menambahbaik sistem pendidikan, kecekapan kerajaan dan pengurusan ekonomi.

"Namun masih ramai yang melihat tiada usaha kuat membasmi rasuah dan jenayah," tambah Ibrahim.

Tinjauan itu juga mendapati rakyat Malaysia berbelah-bahagi akan hala-tuju negara. 34 peratus berkata prestasi negara semakin corot manakala tujuh peratus percaya Malaysia diuruskan dengan baik.

"Berkenaan isu-isu pula, tinjauan mendapati kebimbangan masyarakat akan ekonomi negara berkurangan kepada 21 peratus dari 23 peratus," kata Ibrahim.

Najib, mengambil-alih pemerintahan negara dari Abdullah Ahmad Badawi pada April tahun lalu. Kerjaya Najib dicemari pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Meskipun Najib berulang-kali menafikannya, namun teori konspirasi sekitar kematian Altantuya menjadi peluru hidup parti-parti pembangkang terutamanya di masa pilihanraya.

TVA

No comments: