Sebanyak 100 ribu risalah berjudul "Kes Qazaf Saiful" akan diedarkan kepada rakyat seluruh negara serentak di 14 buah masjid utama negara usai sahaja solat Jumaat pada 29 Januari ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd AKin berkata risalah itu memuatkan penjelasan mengenai permohonan Qazaf yang difailkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sengaja dilengah- lengahkan UMNO Barisan Nasional.
Shamsul melihat konspirasi jahat membenamkan Anwar perlu dilumpuhkan dan rakyat diperingkat akar umbi perlu diperjelaskan supaya tidak terus menerus diperbodohkan jentera politik UMNO Barisan Nasional.
"Kita telah buat keputusan untuk edar 100 ribu risalah yang telah kita cetak bertajuk 'Kes Qazaf Saiful'. Risalah ini akan kita edarkan serentak 29 Januari ini selepas solat Jumaat di 14 buah negeri," katanya.
Shamsul berkata pengedaran risalah ini dibuat bagi menyedarkan semua pihak terutamanya rakyat yang selama ini ditipu parti pemerintah yang ligat 'bermain wayang' dengan melengah- lengahkan perlaksanaan hukum Qazaf terhadap Saiful.
Anwar sebelum ini memfailkan permohonan Qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat Anwar walhal laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Perubatan PUSRAWI mengesahkan tiada bukti Saiful telah diliwat.
Saiful bakal berdepan dengan hukuman penjara 3 tahun atau denda RM5,000 jika disabit kesalahan.
Sebelum ini pelbagai pihak telah digerakkan untuk melengah- lengahkan perbicaraan Qazaf terhadap Saiful melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah.
2 Febuari ini, perbicaraan kes liwat Anwar akan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Shamsul menggesa orang ramai hadir beramai memberikan sokongan kepada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Sunday, January 24, 2010
AMK Edar 100 Ribu Risalah, Perjelas Permohonan Qazaf Anwar - TVS
Labels:
Aktiviti,
AMK Malaysia,
Pakatan Rakyat,
PKR,
Semasa,
Shamsul Iskandar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment