Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, January 29, 2010

Polis Roboh Pentas Kerajaan Negeri Di Batu Caves - TVS

Polis bertindak mengejut petang tadi dengan merobohkan pentas yang didirikan kerajaan negeri Selangor di Batu Caves sempena sambutan Thaipusam.

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar mengesahkan polis bertindak demikian kononnya atas sebab keselamatan.

Namun Xavier berkata tindakan merobohkan pentas yang dibina oleh kerajaan negeri lebih menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu esok dalam usaha menambat hati kaum India.

Justeru Xavier kata alasan keselamatan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar tidak masuk akal.

"Apa masalah keselamatan yang polis maksudkan. Ini lebih soal dendam (terhadap kerajaan negeri). Tak ada apa-apa masalah keselamatan sebab kita ada pasukan keselamatan sendiri," kata Xavier.

"Ini bukan kali pertama kerajaan negeri membina pentas atau adakan program sebegini. Kenapa tahun ini polis harus bertindak seperti ini," kata Xavier.

Batu Caves adalah dalam kawasan Selangor dan perayaan Thaipusan diraikan setiap tahun dengan sokongan penuh kerajaan negeri.

Selangor adalah antara beberapa kerajaan negeri yang mengishtiarkan Thaipusan sebagai hari cuti umum.

Xavier berkata program yang diatur oleh kerajaan negeri tidak bertindih dengan aturcara Perdana Menteri esok.

"Namun mesikpun kami tidak ada masalah dengan lawatan Perdana Menteri, polis bertindak sombong merobohkan pentas kami tanpa sebarang alasan kukuh," tambah beliau.

TVS

No comments: