Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, January 26, 2010

Hari ini: Pendengaran Awam SELCAT Bermula Esok - TVS

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor dijangka mengadakan sambungan pendengaran awam terhadap peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tahun 2008 dan 2009 pada 26, 27, 29 Januari dan 1 dan 2 Februari 2010 mulai jam 10 pagi di Bilikan Gerakan, Dewan Negeri Selangor, Shah Alam.

Pendengaran awam tersebut adalah terbuka kepada orang ramai dan media.

Antara saksi-saksi dalam Pendengaran Awam kali ini adalah Pegawai Daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Petaling yang akan hadir untuk memberi keterangan berhubung dengan kes peruntukan kawasan tahunan ADUN habis dibelanja dalam tempoh 3 bulan pertama sebelum Pilihanraya Umum tahun 2008.

Orang ramai boleh mengikuti Pendengaran Awam Kedua ini melalui TV Selangor yang menyiarkan secara langsung di http://www.tvselangor.com/

TVS

No comments: