Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, January 14, 2010

Kerajaan Umno- BN Masih Belum Belajar - TVS

Kerajaan Umno- Barisan Nasional dianggap sombong dan masih tidak belajar daripada isyarat rakyat menerusi pilihanraya ke-12 apabila enggan memberi peruntukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Membidas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menegaskan pengagihan peruntukan itu termaktub dalam perlembagaan dan mereka bertanggungjawab untuk menyalurkan kepada kerajaan negeri, termasuk yang ditadbir PR.

Ahmad hari ini menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mengenai tindakan kerajaan pusat tidak menyalurkan sumbangan kepada wakil rakayt dan ahli Parlimen PR sebagai tidak berasas.

"Pemimpin UMNO melakukan penyelewengan amanah yang diberikan oleh rakyat

"Walaupun diterajui BN, ia bukan dibuat atas dasar kepartian tetapi atas dasar perlembagaan," katanya.

Beliau berkata, sikap kerajaan Umno-BN ini membuktikan pemimpin mereka masih lagi memiliki pemikiran yang tidak terbuka.

TVS

1 comment:

Bah Lontok said...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!