Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan bagi menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan Selasa ini.
Peguamnya S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa beliau memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini.
Nair berkata mahkamah telah menetapkan Selasa ini bagi mendengar permohonanan itu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Sama ada perbicaraan itu diteruskan atau sebaliknya, ia bergantung kepada keputusan hakim.
Katanya perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Anwar berhubung penolakan Mahkamah Tinggi terhadap permohonannya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Anwar memfailkan notis rayuan terhadap perintah itu pada 10 Dis, 2009. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan itu.
Pada 1 Disember, 2009, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan perbicaraan selama sebulan mulai 25 Jan 2010.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung permohonannya itu bagi mendapatkan dokumen yang didakwanya adalah penting bagi pembelaannya, memerintahkan perbicaraan ditunda kepada 2 Februari sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan.
Mahkamah Persekutuan dijadual memberikan keputusannya berhubung perkara itu esok.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. - Bernama
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment