Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, August 25, 2008

Dari Permatang Pauh 24 Ogos 2008

Dari maklumat yang diperolehi dari Permatang Pauh, ceramah Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan. Hadirin terpaksa meletak kenderaan mereka agak jauh dari tempat ceramah. Sambutan yang diberikan menunjukkan DSAI masih mendahului.

Maklumat risikan telah menyatakan undi pos telah meningkat dan melibatkan guru-guru yang bakal mengundi di sana. Kad pengenalan pengundi telah diambil dan ditawarkan dengan wang supaya tidak keluar mengundi pada 26 Ogos 2008 nanti. Isu perkauman sengaja dimainkan, ini dapat dilihat pada Banner dan risalah yang diedarkan oleh pihak lawan.

Hampir 1000 nama hilang dari senarai pengundi. Berita berkenaan boleh diikuti di BERNAMA. Helikopter pihak keselamatan kelihatan berlegar di ruang udara dan paling menggemparkan pengakuan Imam Masjid Wilayah Ust. Ramlang Porigi yang menyatakan beliau dipaksa untuk hadir ke majlis sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful.

Malam ini AMK Melaka terlibat dalam program menangkap pengundi hantu!

Admin

No comments: