Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, August 22, 2008

Exco Perak dibebaskan dari tahanan reman

Ahli exco kerajaan negeri Perak, Jamaluddin Mohd Rozi dibebaskan hari ini daripada tahanan reman yang dikenakan terhadapnya bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.

Beliau dikenakan jaminan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebanyak RM20,000 tanpa deposit di dalam kamar Majistret di hadapan Pendaftar Mahkamah.

Jamaluddin adalah antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut. Turut ditahan ialah seorang lagi ahli exco kerajaan negeri, Mohd Osman Mohd Jailu.

Manakala yang lainnya iala dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berumur antara 30 dan 57 tahun berhubung kes berkenaan.

Kelima mereka bagaimanapun telah dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

Jamaluddin adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.

Manakala Osman pula adalah Adun Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.

Selain mereka, seorang bekas Adun PKR juga antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut.

Sumber: Malaysiakini

No comments: