Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 26, 2008

LAGI PROVOKASI BN UNTUK SERANGAN TERAKHIR


Sebentar tadi hampir 30 orang penyokong PR di kepung dengan jentera BN ekoran menanggalkan poster yang menimbulkan provokasi melampau yang boleh menimbulkan pergaduhan.

Melalui maklumat yang saya perolehi dari petugas di bilik cawangan ADUN di Dun 12 seberang Jaya di fahamkan sebelum ini mereka telah membuat laporan polis serta S.P.R mengenai tindakan provokasi tersebut. Namun masih tiada tindakan di ambil.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk menanggalkan poster serta kain rentang tersebut bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Difahamkan mereka telah menyerahkan kain rentang tersebut kepada pihak berkuasa namun selepas 2 jam tidak tahu bagaimana kain rentang tersebut di gantung semula pihak Barisan Nasional. Menurut mereka lagi semalam waktu malam mereka terlihat beberapa kenderaan polis yang mengiring penampal kain rentang tersebut seolah polis sendiri yang menggalakkan mereka.

No comments: