Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, August 28, 2008

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kemunculan pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di Lobi Parlimen diiringi isterinya, Datu, Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpahnya berlangsung.

9:51 pagi: Beliau berjalan masuk ke dalam Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pagi:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

Sumber: mSTAR

No comments: