Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, August 25, 2008

Munajat Dan Perkukuh Tekad Perjuangan

Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Kukuhkan munajat kepada Allah S.W.T moga diberi kekuatan dan kesungguhan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO. Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini.

Semalam kita diingatkan oleh sahabat saya Ustaz Dr. Haron Din mengenai fitnah yang menimpa Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.a, peristiwa yang dikenali sebagai peristiwa al Ifk. Kita diingatkan bagaimana Rasulullah s.a.w dan Saidatina Aisyah tetap sabar menanggung ujian dari Allah S.W.T. Teladan dari Rasulullah S.A.W dan Ummul Mukminin seharusnya dijadikan ikutan.

Al Ustaz juga mengambil peluang untuk menjelaskan kesan sumpah muhabalah yang dibuat terhadap perundangan Islam. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di mahkamah syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

Kesabaran ini biarlah dijadikan landasan buat perkukuh tekad perjuangan. Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum hari membuang undi pada 26 Ogos nanti. Saya minta para petugas untuk terus berusaha bagi menyampaikan mesej Pakatan Rakyat kepada penduduk di Permatang Pauh. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

ANWAR IBRAHIM

No comments: