Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 26, 2008

Jangan mudah terpengaruh provokasi,fitnah media - Nurul Izzah

PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Meskipun menghadapi pelbagai tohmahan daripada jentera kempen Umno-BN termasuk media arus perdana, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tetap yakin akan kemenangan bagi pihak KeADILan.

"Saya tetap optimis dan yakin bahawa ayah saya, Dato' Seri Anwar akan tetap memenangi pilihan raya ini walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan pasangan Mohd Arif Sabdin, 24 serta Norhidayah Johari, 23 di Kampung Samagagah, Permatang Pasir kelmarin.

Apa yang penting ujarnya, ialah sokongan dan doa yang tidak putus oleh semua pihak terutamanya pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Yang penting adalah doa kita semua agar pengundi-pengundi tidak mudah terpengaruh dengan segala provokasi serta isu serta fitnah yang dimainkan oleh media bagi menggagalkan kemenangan kita," ujarnya.

Puteri Reformasi tersebut juga menyeru kepada seluruh pengundi muda agar konsisten menyokong perjuangan bagi mencetuskan perubahan kepada negara ini.

"Ini adalah harapan kepada perubahan kepada negara dan generasi akan datang," demikian katanya.

Oleh itu, beliau juga meminta kepada semua petugas dan penyokong Pakatan Rakyat yang turun bersama semasa kempen agar meningkatkan tahap disiplin dan keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. - mks._

Sumber: HarakahDaily

No comments: