Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, February 24, 2009

36 laporan polis terhadap Ahmad Said - Suara Keadilan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara telah membuat sebanyak 36 laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan.

Kesemua laporan tersebut mengutuk kenyataan hasil siasatan SPRM terhadap Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. AMK mendakwa Ahmad Said menyalahgunakan kuasa beliau dengan melanggar Akta SPRM yang memperuntukkan kuasa pendakwaan kepada Jabatan Peguam Negara.

Mereka juga mendakwa tindakan Ahmad Said itu mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Selangor, di samping mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan kes-kes rasuah.

Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor dan mendakwa bahawa sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya telah menggunakan dana Kerajaan Negeri.

AMK pusat membuat laporan polis tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Campbell di ibunegara 12. tengah hari semalam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sehingga ini 36 laporan polis telah dibuat oleh AMK negeri dan bahagian di seluruh negara.

Di Selangor, laporan tersebut dibuat oleh ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 1.30 petang.

Menurut Ketua Penerangannya, Mazli Saring berkata, 22 bahagian AMK di negeri itu akan membuat laporan yang sama esok.

Manakala di Perlis pula, ketua AMK negeri, Zamri Sapar membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di Kangar.

Di Johor, laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Johor Bahru Sentral kira-kira jam 1.15 petang semalam oleh ketua AMK negeri, Zabidie Abas.

Manakala di Kuala Lumpur, hadir bersama-sama Samsul, kira-kira 20 penyokong termasuk exco AMK, Hasmuzair Hassan, dan dua pemimpin AMK Wilayah Persekutuan.


Sumber: SK


No comments: