Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, February 26, 2009

Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno - Malaysiakini

Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen tengahari tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Ketika ditemui pemberita, kumpulan tersebut menunjukkan kad keahlian mereka dalam Pemuda Umno.

Pagi ini, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.


Sumber: Malaysiakini


No comments: