Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, February 26, 2009

Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac - Malaysiakini

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Sumber: Malaysiakini

2 comments:

Unknown said...

AMK kena ambil action ni. Gerakkan suara rakyat untuk membantah kenaikkan ini. Pada masa ekonomi dalam keadaan kucar kacir, kerajaan tidak mengambil tahu langsung penderitaan rakyat. Dah le ramai yang diiberhentikan kerja, naik pula tol. Nampak gayenye Kerajaan BN memang tak sayangkan rakyat. Lebih sayang syarikat-syarikat besar seperti PLUS dan IJM.

AMK Melaka said...

Terima kasih kerana memberi pandangan dan prihatin dgn permasalahan semasa. Perjanjian dengan beberapa syarikat konsensi diperbaharui dan inilah hasilnya.

Perkara ini sudah tentu mendapat perhatian kami Angkatan Muda KeADILan yang sentiasa menjadi pendesak dan suara rakyat.