Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, February 24, 2009

Ketua Eksekutif PNSB diminta bercuti

SHAH ALAM, 24 Feb: Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan PNSB dapat dilakukan.


Tindakan ini diambil oleh Lembaga Pengarah PNSB selepas mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat milik Perbadanan Menteri Besar itu.

Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.

Demikian beritahu Sekretariat Akhbar, Pejabat MB Selangor dalam kenyataannya hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Baru-baru ini, katanya, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat PNSB.

Keputusan ini untuk menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiranKerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kata kenyataan media itu.


Sumber: Siasah

No comments: