Akhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata ketua penerangannya.
Tian Chua berkata, kira-kira 10,000 hingga 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan "Perak cabar SPR ke mahkamah" dirampas di seluruh negara.
Beliau menambah, rampasan terbaru itu paling tinggi sejak organ parti itu mula mendapat sokongan meluas pembaca susulan kemenangan besar-besaran PKR dan pembangkang dalam pilihanraya umum, Mac tahun lalu.
Katanya, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.
Dalam sidang medianya di pejabat akhbar tersebut, Tian bimbang kementerian akan mendatangkan masalah kepada sidang pengarang apabila ia akan diperbaharui April ini.
Sementara, penolong pengurus pemasarannya Marina Awanti Nordin berkata rampasan minggu lalu berlaku sekurang-kurangnya di sepuluh lokasi, termasuk di Baling, Batu Pahat, Ampang dan Kuching.
KDN juga mengeluarkan surat amaran kepada pengedar di kawasan-kawasan berkenaan.
Akhbar dwimingguan Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak juga dirampas di negeri itu dan beberapa negeri lain.
Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi PAS itu.
KDN semalam mengesahkan operasi rampasan dan amaran dipergiatkan terhadap dua media ini di seluruh negara.
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment