Bekas timbalan menteri pertahanan hari ini mengesahkan memang ada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan seorang ketua bahagian PKR seperti didakwa.
Datuk Zainal Abidin Zin mengesahkan bertemu Fauzi Muda seperti didakwa dalam akuan bersumpahnya semalam.
Pertemuan di kediaman rasmi Najib sejurus selepas pilihanraya umum lalu didakwa melibatkan rundingan RM50 juta untuk memujuk dua wakil rakyat PKR agar menyertai BN.
Bagaimanapun, Zainal menambah, beliau tidak mengetahui butiran perbincangan antara Fauzi dengan timbalan presiden Umno.
Katanya lagi, perbincangan itu diadakan di tempat terbuka di kediaman Najib di Putrajaya tetapi beliau tidak mendengar perbualan itu kerana terdapat ramai orang di situ.
Sumber: Malaysiakini
No comments:
Post a Comment