Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, February 10, 2009

Nizar ke pejabat MB, exco BN angkat sumpah

kemaskini 11am Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mengetuai barisan exco negeri ke pejabat rasminya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bergerak dari kediaman rasminya - yang dijadikan kawasan pentadbiran kerajaannya - menuju bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini yang telah dikawal oleh sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU.

Sehingga jam 11.05 pagi, beliau dan rombongannya tiba di depan pintu masuk bangunan tersebut tetapi kenderaan mereka dihalang oleh polis.

Tidak kelihatan gelagat penyokong Umno yang dikatakan akan "berbuat apa sahaja" untuk menghalang Mohammad Nizar memasuki bangunan pejabatnya.

Sementara itu, barisan exco kerajaan BN dijadual mengangkat sumpah jam 10 pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Sultan Perak.

Tiada penunjuk perasaan di kawasan tersebut dan keadaan kelihatan tenang.

Menurut Bernama, senarai exco yang mengangkat sumpah seperti berikut:

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman,

Adun Manong Datuk Ramly Zahari, yang juga setiausaha perhubungan Umno Perak,

Adun Chenderiang, Dr Mah Hang Soon, juga ketua Pemuda MCA Perak,

Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad

Adun Kamunting, Mohd Zahir Abdul Khalid,

Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin, juga ketua Pemuda Umno Perak,


Sumber: Malaysiakini

No comments: