Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, February 25, 2009

Sultan Selangor Yakin Sebarang Keputusan Menteri Besar

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
25 Februari 2009


Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada aginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan ‘privacy’ individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

DATO’ HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI
Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

1 comment:

Anonymous said...

Dalam menentukan kedudukan Exco@Adun dalam kerajaan negeri kuasa sememang terletak pada MB@KM. Tidak ada peruntukkan yang mengatakan sebaliknya. Kalau MB pinta pandangan ia diibaratkan sebagai anak meminta pandangan orang tua walaupun si anak telah mempunyai keputusan. Sekarang terpulang pada MB@KM untuk membuat keputusan. Berdasarkan senario sekarang, ramai yang tidak menyokong tindakan YB Elizabeth Wong. Merujuk kepada kes Datuk C.S.L, beliau tidak meletak jawatan sebagai ahli parlimen tetapi meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan. Keputusan kes Datuk C.S.L harus dipuji. Begitu juga kes YB Elizabeth Wong, MB Selangor harus mengambil iktibar "keputusan" Datuk C.S.L. Ini adalah kerana keputusan itu akan menguntungkan 2 pihak. Kerajaan PR Selangor tidak akan kerugian kerusi ADUN, sementara itu YB Elizabeth pun tidak akan disisihkan dari Kerajaan PR Negeri. Bagi pihak BN pula isu ini akan mati begitu sahaja kerana keputusan ini telah digunakan oleh BN sendiri. Sehubungan dengan itu pihak BN tidak akan ada isu yang cuba diketengahkan lagi.