Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 24, 2009

Himpunan Rakyat Menangkan "2 Bukit" di Melewar, 24 Mac - Harakah

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin akan bersama warga kota Kuala Lumpur berhimpun menyatakan sokongan padu memenangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Selasa 24 Mac ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada media petang tadi. Katanya, program anjuran PAS Batu itu bertujuan untuk mengembelingkan petugas pilahan raya disamping mengutip derma bagi membiayai operasi gerekerja pilihan raya di "Dua Bukit".

Beliau berkata, "Himpunan Rakyat Menangkan 2 Bukit" bermula jam 9.30 malam, dianjurkan sebagai simbolik kepada bantahan kuat rakyat terhadap BN di negara ini.

Selain isu-isu kemelut Perak yang belum tamat, kempen kuat AMK "Katakan Tidak Kepada Najib" dan desakan agar Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan perasuah Umno yang lain diambil tindakan tegas oleh SPRM, kedua-kedua penceramah dijangka akan mengulas isu-isu peralihan kuasa yang membabitkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul razak.

Penyajak tersohor, Dinsman akan mendeklamasikan sajak sinis terhadap PPSMI dan PM yang akan undur, Abdullah Ahmad Badawi pada malam itu. Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput hadir mmeberikan sokongan. - tmj_


Sumber: HarakahDaily

No comments: