Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 3, 2009

Polis, penyokong BN kasari ADUN Pakatan Rakyat - TVAntara.com

Meskipun di halang oleh polis dan penyokong Barisan Nasional, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, dalam serba kekurangan tetapi menepati semua peruntukan perlembagaan.

Segala jentera Barisan Nasional, malah penyokong UMNO sendiri dikerah untuk menghalang sidang tergempar itu. Bangunan Perak Daruk Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri di tutup sejak semalam dalam usaha membatalkan siding tergempar berkenaan.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker DUN V.Sivakumar dan ADUN-ADUN PAS, Keadilan dan DAP mengharungi semua kekangan itu untuk menegakkan kuasa perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Dalam satu lagi catatan sejarah Perak, sidang tergempar DUN itu meluluskan dua usul yang selama ini menjadi “pokok” kepada kebimbangan UMNO – pertama ialah undi percaya terhadap kepimpinan Nizar sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah pembubaran Dewan itu untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Kedua-dua usul itu diluluskan sebulat suara.

Sivakumar terpaksa mengadakan sidang tergempar itu di tempat letak kereta apabila lebih 100 polis anti rusuhan menghalang beliau dan wakil rakyat memasuki Bangunan Darul Redzuan.

Kesemua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir di tempat letak kereta itu dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi.

Mereka terpaksa beralih ke tempat letak kereta apabila dihalang oleh lebih 100 anggota polis anti-rusuhan daripada memasuki perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong Pakatan Rakyat. .

Sebelum itu Nizar dan wakil rakyat Pakatan dihalang oleh penyokong UMNO ketika dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri.

Nizar dan rombongannya bagaimanapun berjaya melepasi sekatan itu.

Tetapi apabila tiba di pintu masuk Bangunan Perak Darul Redzuan mereka dihalang pula oleh polis dan penyokong UMNO yang lain. Malah anggota polis dilihat menolak dan mengkasari beberapa wakil rakyat, memaksa mereka meninggalkan perkarangan itu.

Pada masa sama, penyokong Pakatan dan UMNO bertikam lidah manakala polis menghalakan meriam air yang dicampur bahan kimia kepada penyokong Pakatan.

Ketika inilah Sivakumar mengambil keputusan untuk beralih ke tempat letak kereta kira-kira 50 meter dari situ untuk mngadakan sidang tergempar itu…membuka satu lipatan sejarah dalam system demokrasi Negara ini.


Sumber: TVAntara

No comments: