Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, March 31, 2009

"Lega tiada lagi duri dalam daging" - Harakah

BUKIT SELAMBAU, 31 Mac (Hrkh) - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Kedah, Ahmad Kasim menyifatkan tindakan bekas Ketua Bahagian KeADILan Jerai, Kalaiwanar keluar parti bersama penyokongnya semalam tidak memberi kesan pada kempen Pakatan Rakyat di Bukit Selambau bahkan ramai terutamanya kaum India merasa lega kerana duri dalam daging akhirnya sudah tiada.

Di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau Pakatan Rakyat mempunyai petugas yang ramai hasil bantuan daripada PAS dan DAP.

"Pada saya bila Kalaiwanar mengistiharkan diri keluar parti perasaan lega cukup tinggi begitu juga kaum India di Bukit Selambau. Selama ini beliau bukan berkempen membantu calon N25, Manikumar bahkan bersikap menikam dari belakang, " tegasnya ketika dihubungi pagi tadi.

Tindakan itu juga kata beliau, berpunca daripada tidak dipilih sebagai calon pada pilihanraya kecil kali ini ekoran terdapat beberapa masalah dalaman yang menyukarkan beliau diterima ramai.

Tambahan lagi, Bahagian Jerai hanya diamanahkan menjagai satu unit sahaja dan pastinya bahagian lain akan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang ditinggalkan.

"Elok juga beliau pergi kerana beliau seorang yang inginkan publisiti murahan dan gagal mengendalikan bahagian Jerai dengan sempurna, " jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Justeru itu beliau berharap, kempen di Bukit Selambau diteruskan seperti yang dirancangkan dengan memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan serta ceramah penerangan kenapa Pakatan Rakyat mesti menang.

Sementara itu, Timbalan Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah, Azman Nasrudin ketika dihubungi yakin tindakan Kalaiwanar bukan tamparan pada KeADILan sebaliknya boleh memporak perandakan Umno dan BN sendiri bilamana mempergunakanya dalam kempen untuk tujuan membelasah Pakatan Rakyat.

"AMK Kedah rasa bukan masanya kita berbincang masalah Kalaiwanar keluar parti tetapi yang penting ialah bagaimana nak berhadapan dengan jentera BN yang datang dengan niat mengalahkan Pakatan Rakyat di sini yang berkemungkinan juga membina strateji sepertimana di Perak, " tambahnya diamanahkan sebagai Pengarah Jentera Pemuda sempena kempen di Dun Bukit Selambau. - mks. _


Harakah

No comments: