SHAH ALAM: Aset para Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan diumumkan secara terbuka menerusi laman web kerajaan negeri di alamat www.selangor.gov.my mulai Jumaat ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Aset-aset yang akan diisytiharkan meliputi hartanah, saham dan wang yang dikumpul sejak dari tarikh mereka mengangkat sumpah sebagai Exco pada 24 Mac 2008 sehingga sekarang.
"Maklumat mengenai transaksi termasuk sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu itu akan turut disertakan," katanya kepada pemberita hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyeru supaya semua anggota Exco Selangor mengisytiharkan aset mereka secepat mungkin dalam usaha meletakkan Selangor di hadapan dari aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.
Abdul Khalid berkata menerusi pengisytiharan aset tersebut, ia dapat memelihara kewibawaan kerajaan negeri. BERNAMA
Sumber: mStar
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment