Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, March 22, 2009

Say No To Najib: AMK akan serah memo kepada Istana - Suara Keadilan

PETALING JAYA, 22 MAC (SK) - ANGKATAN Muda KeADILan akan membuat gerakan secara besar-besaran ke seluruh negara bagi menolak bakal Presiden Umno, Najib Tun Razak untuk mengantikan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen ‘Say No To Najib’ adalah satu reaksi daripada anakmuda yang menyatakan bahawa tindakan peralihankuasa ini adalah satu kesilapan.

“Pemilihan Najib sebagai Perdana Menteri adalah satu kesilapan dan belum pernah dalam sejarah seorang pemimpin yang penuh dengan skandal dilantik untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui ketika melancarkan kempen ini pagi tadi.

Menurut Shamsul lagi, Najib tidak pernah membuat sebarang dakwaan dengan sebarang tuduhan terhadap beliau dan yang terbaru,pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

“Saya cabar Najib untuk mendakwa saya dengan semua laporan yang pernah saya buat kepada pihak polis,” katanya lagi.

7 Mac lalu, Shamsul telah membuat laporan polis berdasarkan laporan Liberation antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut.

Selain itu, satu memorandum untuk dihantar kepada istana bagi menolak pelantikan Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan dibincangkan di kalangan pemimpin pemuda Pakatan Rakyat.

“Saya akan membincangkan perkara ini dengan pimpinan pemuda Pas dan DAP untuk menghantar memorandum kepada Istana dalam masa terdekat,” katanya hari ini.


Sumber: SK



No comments: