Seorang ahli kimia, Zaihara Awang dari Jabatan Kimia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pada hari inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.
Dalam keterangannya, Zaihara berkata, beliau menerima sampel kandungan perut, darah dan air kencing Teoh.
Hasil pemeriksaan ke atas sampel tersebut, katanya beliau mendapati tidak ada kesan alkohol atau dadah dalam sistem Teoh pada masa kematiannya.
Inkues pagi ini bermula jam 9.20 pagi di mana saksi - pengawal keselamatan di Plaza Masalam, Abd Rahman Rahim dipanggil memberi keterangan.
Sebelum itu, DPP Tan Hock Chuan menyoal Abdul Rahman mengenai buku pelawat yang tiada diisi sejak berbulan lalu. Abdul Rahman mengakui tidak mengemaskini buku itu setiap masa.
Enam saksi telah dipanggil memberi keterangan semalam. Mereka terdiri daripada pengawal keselamatan di bangunan Plaza Masalam, seorang juruteknik dan seorang anggota polis dari balai Shah Alam.
Inkues tersebut berlangsung di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas.
Manakala peguam Gobind Singh Deo merupakan peguam pemerhati bagi pihak keluarga Teoh.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mudah2an... penyelewengan dana tersebut dapat di bongkar agar hak rakyat diperjuangkan sepertimana dijanjikan dlm pilihanraya lalu.
Salam ziarah.
_______________________
View Profile: Rantong™
Post a Comment