Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Monday, August 10, 2009
Replika Najib.. Apa pandangan anda?
Pinkturtle
Sebelum ini...
Replika ‘dewakan’ pemimpin – Ali Rustam
MELAKA, 6 Okt. – Pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.
“Saya nak tanya pada Pas, apakah pembinaan replika Anwar ini diluluskan oleh Pas,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Kota Gemilang di Ayer Keroh di sini hari ini.
PKR dan Pas menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP.
Menurut laporan sebuah akhbar itu, replika setinggi 12.2 meter itu dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan penyokong Anwar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
Lagi...
Pembinaan replika gergasi Anwar satu pembaziran
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves di sini dianggap sebagai suatu pembaziran.
Replika setinggi 12.2 meter itu difahamkan, dibina dengan kos RM5,000 hasil bantuan penduduk dan para penyokong Anwar.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, wang replika itu sepatutnya disalurkan kepada golongan rakyat miskin yang lebih memerlukannya di negara ini.
Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya Anwar serta penyokongnya melaksanakan projek-projek bermanfaat untuk rakyat.
''Dalam kegawatan ekonomi kini, saya menyeru wang dimanfaat sepenuh pada tempatnya dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Bernama berkata, pembinaan replika gergasi gambar penasihat PKR itu di Batu Caves, Kuala Lumpur, menunjukkan parti itu mendewa-dewakan pemimpinnya.
Beliau berkata, adalah lebih baik wang bagi membina replika itu digunakan untuk membantu rakyat miskin.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang melihat daripada perspektif Islam pula berkata, pembinaan replika gergasi gambar tersebut adalah tidak diizinkan di sisi agama.
Menurutnya, bagaimanapun tindakan itu merupakan usaha taksub yang mungkin dilakukan oleh penyokong parti tersebut yang bukan beragama Islam.
''Mereka tidak tahu hukum dalam undang-undang Islam. Jadi, saya berharap pemimpin Islam dalam PKR dapat menasihatkan penyokong mereka agar tidak membina replika sedemikian.
''Jika telah dibina, seelok-eloknya ditiadakan,'' katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berpendapat, tindakan parti PKR mendewa-dewakan Anwar itu jelas bercanggah dengan budaya rakyat tempatan.
Katanya, budaya masyarakat di negara ini sepatutnya memberi penghormatan kepada pemimpin secara sederhana.
''Adakah apabila negeri tertentu ditawan pembangkang, kerajaan tempatan turut memberi kelonggaran dalam membenarkan poster gergasi yang tidak mematuhi piawaian dibina?'' soalnya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan rasional replika gergasi Anwar dibina sedangkan masih terdapat rakyat miskin yang lebih memerlukan bantuan.
Malah, katanya, terdapat lebih banyak tokoh negara yang lebih layak dipamerkan dalam replika raksasa seumpama itu seperti bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
''Hakikatnya replika gergasi gambar itu sebenarnya lebih sesuai untuk memperingati jasa tokoh atau pemimpin yang meninggal dunia,'' katanya.
Tambahnya, beliau tidak percaya Anwar tidak mengetahui mengenai pembuatan replika gergasi gambar beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dia nak juga.. ader gambar besar2...
Alah.. standard la UMNO.. mengata org die yang lebih.. tgk sekarang ape pemimpin UMNO cakap.. mesti menikus.. lagi-lagi Ali Rustam.. hari tu bukan main lagi...
Post a Comment