Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, January 6, 2010

Pengarang akhbar PKR beri keterangan - Malaysiakini

Pengarang akhbar rasmi PKR Suara Keadilan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam berhubung siasatan terhadap penyiaran berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Dzulkarnain Taib dilihat memasuki perkarangan IPD Shah Alam hampir jam 1.30 tengah hari tadi, dengan ditemani peguamnnya Ranjit Singh.

Sebelum itu, sekumpulan wartawan telah sedia menunggu ketibaan Dzulkarnian di IPD berkenaan sejak jam 1 tengah hari lagi.

Dzulkarnain (foto - kanan) akan memberikan keterangan ekoran aduan polis yang dibuat oleh dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff, membuat laporan polis terhadap tabloid itu dengan dakwaan ia menyiarkan berita yang subjudis, melampaui kuasa inkues Teoh Beng Hock yang sedang berlangsung.

Raub Ghani, juga dari cawangan yang sama, membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sewajarnya.

Dalam aduannya, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas membaca akhbar itu edisi 29 Disember 2009 - 5 Jan 2010 dan mendapati berita berkenaan membuat kesimpulan bahawa bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati akibat dibunuh.

Sementara itu, dalam aduannya, Raub pula mengesyaki Dr Pornthip membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak tidak sepatutnya dan "perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM."

Bercakap kepada media sejurus selesai sesi soalsiasat tersebut pada kira-kira jam 2.30 petang, Dzulkarnain berkata, beliau akan terus menulis mengenai isu Teoh kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Ditanya sama ada siasatan tersebut memberikan tekanan kepadanya, beliau enggan mengulas, tetapi menganggapnya sebagai prosedur biasa.

Dzulkarnain juga yakin bahawa tulisannya dalam akhbar mingguan tersebut tidak mempengaruhi perjalanan kesTeoh.

"Saya yakin tidak," katanya.

Mengulas sesi tengah hari tadi, Dzulkarnain berkata beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dengan menjawab semua soalan yang diajukan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan soalan-soalan tersebut.

Sementara Ranjit pula berkata, beliau tidak pasti anak guamnya disiasat berdasarkan seksyen apa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika berdarkan tulisan yang dianggap subjudis semata-mata, anak guamnya tidak boleh didakwa di mahkamah.

"Bagi kami tidak boleh (didakwa), tetapi itu bergantung kepada pihak polis dan peguam negara," katanya.

Sebelum itu, sekumpulan wartawan telah sedia menunggu ketibaan Dzulkarnian di IPD berkenaan sejak jam 1 tengah hari lagi

Malaysiakini

No comments: