Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, January 28, 2010

Zulkifli: Tidak Pernah Terfikir Nak Sertai Umno - TVS

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dengan tegas menolak pelawaan Umno untuk menyertai parti itu sekiranya Parti Keadilan Rakyat memecat keahliannya.

Mengulas pelawaan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr.Mohd Puad Zarkashi yang mengatakan UMNO sedia membuka pintu untuknya, beliau berkata Umno tidak perlu membuang masa kerana perjuangan mereka berbeza.

“Tak payalah UMNO buang masa nak buka pintu, nak jual pintu, atau nak jual pintu pada saya sekalipun," katanya.

Beliau berkata, prinsipnya adalah memperjuangkan Islam dan di dalam PKR, dia masih boleh menyuarakan pendapatnya berbanding jika di dalam UMNO.

“Saya punya perjuangan, perjuangan Islam. Dalam Pakatan Rakyat saya masih lagi boleh bercakap tentang Islam. Saya masih lagi diberi ruang untuk mengemukakan pandangan malahan membawa beberapa usul di dalam Parlimen yang saya rasa saya tak boleh buat begitu di dalam UMNO," tegasnya.

Sehubungan itu katanya, tidak timbul isu beliau ingin menyertai UMNO. Sebagai ahli, beliau tetap menghormati apa saja keputusan yang bakal diambil PKR terhadapnya.

Zulkifli kini sedang menunggu hukuman daripada PKR berikutan pendiriannya yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kawan saya Puad Zarkashi, tapi simpan la pintu tu” katanya.

TVS

1 comment:

nick said...

Elehh..Mamat Parasit (MP) tu nak cover line lah tu... Orang yg ada sifat2 UMNO je yang suka pakai Akta Hasutan ni...(Tembelang dah pecah...tak payah nak tipu!)