Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, January 26, 2010

MB: Tender Terbuka Bukti Selangor Telus - TVS

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu tindakan kerajaan negeri mengagihkan projek kepada rakyat melalui tender terbuka membuktikan ketelusan pentadbiran negeri itu.

Beliau berkata semua tender akan dipantau oleh jawatankuasa sebelum diagihkan kepada rakyat.

"Jadi saya ingatkan seluruh projek kita tidak boleh bagi kepada pemaju sahaja, kita perlu pantau dan perlu tender, dan ada jawatankuasa bebas yang menilainya dan jangan bagi dia cakap percayalah saya."

Dalam pada itu, beliau berkata akan memastikan semua projek dapat dijalankan dengan baik.

"Jadi oleh sebab itu, kalau saya tengok projek ini, kita mesti tentukan projek ini dilakukan dengan baik dan dengan tertib dan tidak hanya boleh menjanjikan sahaja tetapi memantau setiap langkah yang dijanjikan."

Selain itu, beliau turut berharap rakyat bijak membuat penilaian apabila menyentuh isu peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor kepada Yayasan Basmi Kemiskinan.

"Satu contoh tanah diberi oleh kerajaan negeri kepada YBK berjumlah 1,300 ekar dengan harga kurang dari RM600 satu ekar, RM600 satu ekar dan kurang dari 20 sen satu kaki, nilainya boleh pergi RM70 juta.

"YBK datang kepada kerajaan negeri dan tidak bayar apa-apa lagi disuruhnya menjadi kawasan perumahan dan juga kawasan pembangunan."

Beliau berkata YBK seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dengan membantu mereka yang berpendapatan rendah.

"Jadi, dia memekik-mekik di luar atau dia marah sekali pun, ini nampaknya bukan kes hendak membantu orang miskin, ini nampaknya sudah kes hendak tolong orang jadi broker tanah."

TVS

No comments: