Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, May 10, 2010

AMK Tolak Cadangan Reaktor Nuklear - SK

SHAH ALAM 10 Mei - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menolak keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan pembinaan loji reaktor nuklear di negeri itu dan akan mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya lji nuklear kepada rakyat dan alam sekitar.

"Kita mempertikaikan kos pembinaan loji ini yang dikatakan murah tetapi pada realitinya amat mahal serta berisiko tinggi untuk menangani sisa buangan radioaktif.

"Kita sewajarnya belajar daripada tragedi hitam kemusnahan Loji Nuklear Chernobyl yang telah mencemarkan alam sekitar.

"Kerajaan sepatutnya membangunkan teknologi tenaga hijau,mesra pengguna dan berisiko rendah," kata Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dalam satu kenyataan.

Khairul Anuar juga mempertikaikan keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu membina projek mega dan berisiko tinggi tanpa mengambil kira pandangan rakyat.

"Pengurusan sisa radioaktif yang sukar dikendalikan akan menyebabkan rakyat akan berdepan dengan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini," tambah beliau.

Beliau juga menegaskan kesilapan kerajaan dalam membuat keputusan yang tepat akan menyebabkan generasi akan datang menerima akibatnya.

SK

No comments: