Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, May 28, 2010

Srikandi Sayap Baru Wanita KEADILAN - SK

KOTA BHARU 28 Mei - Wanita KEADILAN bertambah mantap dan kukuh dengan pelancaran logo baru Srikandi sebagai sayap wanita muda yang diberi tanggungjawab mengalas harapan generasi wanita muda untuk melahirkan kegemilangan politik negara ini.

Justeru itu tema "Srikandi Sinar Negara" dianggap amat bertepatan dengan perana dan tugas sayap muda ini untuk menjana kesedaran politik di kalangan golongan wanita muda.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail dalam ucapannya menjelaskan kedatangan Srikandi dalam politik KEADILAN akan menyemarakkan lagi semangat dan juga keyakinan wanita muda yang berada dalam KEADILAN.

"Semua sedia maklum akan kewujudan satu lagi sayap baru wanita muda yang diletakan di bawah Wanita pada ketika ini yang dikenali sebagai Srikandi KEADILAN Malaysia yang mana ia dianggotai oleh wanita muda dari semua peringkat lapisan bangsa dan umur.

"Srikandi diiktiraf oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tanggal 28 Februari 2009 dan diberi nafas baru oleh Wanita dan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada kami bagi membina dan membentuk organisasi Srikandi dari peringkat bawah.

"Prestasi Srikandi KEADILAN sehingga kini boleh dikatakan amat memberangsangkan. Dilahirkan semula setahun yang lalu dalam keadaan politik negara yang tidak begitu baik dan ini membantu Srikandi KEADILAN untuk terus berdiri dan meneruskan agenda yang dirangka," kata Siti Aishah.

Beliau menberitahu bermula dengan sejarah penubuhanya satu ketika dulu yang digilap oleh Wanita kini Srikandi KEADILAN dibarisi dengan muka baru generasi wanita muda yang berpotensi dan akan terus mara menggalas amanah yang diberi.

"Menjadi pengharapan buat kami agar semua wanita muda yang ada di dalam parti tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk bersama dengan kami dalam meneruskan perancanaan agenda dalam meneruskan perjuangan rakyat.

"Harapan dan impian ini kami sambut demi untuk melihat generasi akan datang lebih mempunyai jaminan masa depan yang baik dari melihat generasi yang ada terus berlalu tanpa dipimpin.

"Biarpun Srikandi KEADILAN masih belum diserapkan di dalam perlembagaan parti namun itu bukanlah satu halangan buat kami untuk meneruskan setiap erti kata perjuangan yang kami ingin bina. Biarpun kami dihimpit dengan pelbagai permasaalahan pada peringkat awal penubuhan, namun kini alhamdulillah berkat usaha rakan pimpinan sama ada di peringkat pusat, negeri atau cabang kita telah berjaya menunjukan bahawa kita mampu menggegarkan persada politik negara ini.

"Kesyukuran saya panjatkan dan seribu penghormatan dan rakaman terima kasih saya tujukan kepada pimpinan Srikandi disemua peringkat atas daya usaha dan juga semangat anda untuk menjadikan impian ini menjadi satu realiti," jelasnya lagi dihadapan perwakilan pagi tadi.

Siti Aishah juga mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan Wanita terutamanya Ketua Wanita dan wanita dari semua peringkat yang memberikan kepercayaan kepada Srikandi bersama-sama menghadapi cabaran.

"Tanpa sokongan dan juga kepercayaan anda pastilah kami tidak berada di tahap ini, semoga perjuangan murni KEADILAN kita galasi bersama. Menyekat kemaraan Wanita Umno mahupun Puteri Umno adalah agenda utama kami," kata beliau lagi.

SK

No comments: