Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, June 20, 2008

Debat, Badrul kecewa Rahim tidak hadir, dokumen sulit jadi tanda tanya

Wan Nordin Wan Yaacob Thu Jun 19, 08 10:13:58 pm MYT

SEREMBAN, 19 Jun (Hrkh) - Meskipun sehingga petang tadi (kira-kira jam 7.00, tiada tanda bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik tidak akan hadir dalam siaran langsung Debat 'Sudut Pandang' yang disiarkan melalui Astro Awani (501), namun jam 7.30 kelibat Rahim tidak kelihatan. -->

Sebaliknya dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin, Rahim hanya digantikan oleh Wakil Gabem, Dato' Mohd Dahan yang hadir pada jam 7.30 dan menyatakan beliau menggantikan Rahim.

"Saya kesal, sebab pada mulanya sehingga petang tadi, saya dikhabarkan akan berhadapan dengan Rahim dalam debat tersebut, dan saya sudah bersedia dengan bahan-bahan seperti rasuah dan penyelewengan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Malangnya, wakil Gabem sahaja yang hadir.Kita tidak mahu berdebat dengan Gabem sebab pada asalnya Rahim yang sepatutnya hadir, saya meragui bahawa samada beliau takut berhadapan dengan saya sekiranya saya mendedahkan dokumen-dokumen rasuah termasuk soal pemilikan harta beliau," dakwa Badrul Hisham.

Badrul Hisham menghubungi penulis sejurus tamat rancangan Debat 'Sudut Pandang' yang disiarkan melalui Astro Awani sebentar tadi.

Rancangan yang membincangkan soal Dasar Ekonomi Baru itu bermula pada jam 8.31 malam dan tamat pada jam 9.00 malam dan telah dikendalikan oleh Kamarul Baharin Haron.

Bercakap mengenai dokumen 'sulit' yang dibawanya, Badrul Hisham berkata beliau membawa dokumen itu untuk didedah di hadapan Rahim kerana ia adalah dokumen mengenai bekas Ketua Pemuda Umno itu.

Malangnya kata beliau Rahim tidak hadir, tetapi ketika beliau menyebut mengenai dokumen itu, wakil Gabem spontan menyatakan 'ia tidak relevan'.

Bagi Badrul Hisham, respon itu menunjukkan kebimbangan jika dokumen itu didedah kepada awam.

Menyingkap debat sebentar tadi, Badrul Hisham yang juga bekas Calon KeADILan bagi Parlimen Rembau berkata, DEB sebenarnya gagal membantu bumipuetra dan menghapuskan kemiskinan.

"Bagi saya DEB gagal secara total, malah ianya hanya mengkayakan kelompok elit dalam Umno sahaja, sedangkan kemiskinan masih terus berlaku," katanya semasa menelefon penulis.

Dalam debat tersebut Badrul Hisham telah menyatakan bahawa jurang pendapatan yang terlalu jauh antara bukti bahawa DEB yang disasarkan kepada bumiputera gagal.

Sebaliknya DEB yang dilaungkan pemerintah terutamanya Umno, adalah bekalan kepada elit Umno untuk terus mengaut kekayaan negara dengan menguasai pelaksanaan DEB, katanya.

Dasar yang dirangka selepas krisis 13 Mei itu seharusnya sampai ke bawah, namun ia tersekat oleh kerakusan elit Umno yang mengaut keuntungan, katanya.

DEB baginya tidak perlu diteruskan lagi kerana dalam keadaan kegagalan hari ini, pastinya rakyat tidak lagi yakin dengan pelaksanaannya.

Justeru bagi beliau DEB harus digantikan dengan satu dasar baru yang dinamakam Agenda Ekonomi Negara yang lebih memfokuskan kepada golongan sasar iaitu kelompok pertengahan dan miskin.

Namun sebelum sempat Badrul Hisham mencadangkan dasar yang diilhamkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, pengacara majlis menghentikan debat tersebut kerana masa telah tamat.

"Kalau panjang lagi tadi saya nak kemukakan cadangan Agenda Ekonomi Negara yang fokusnya kepada membantu ekonomi kelompok pertengahan dan miskin.

"Agenda ini tidak hanya menumpukan kepada kelompok pemegang kuasa seperti dalam DEB sebaliknya memastikan kelompok miskin dan pertengahan melepasi tahap yang ditetapkan iaitu keluar dari kemiskinan tersebut," ujar Badrul Hisham.

Sumber: Harakahdaily.net

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15257&Itemid=1


No comments: