Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, June 26, 2008

Kegagalan Ali Rustam

26 Jun - Satu artikel yang menarik telah disiarkan di http://www.tranungkite.net/. Artikel ini menyentuh berkenaan kegagalan KM Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas 100 hari pemerintahan beliau. Kegagalan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dari segi perbelanjaan, penguatkuasaan dan pentadbiran turut disentuh. Ikuti artikel yang telah ditulis oleh Sdr. Sofi Wahab ini.

Oleh SOFIWAHAB

Di bawah ini dinukilkan kegagalan dan kelemahan pemerintahan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam selepas 100 hari beliau menjawat jawatan tersebut setelah BN Melaka menang sekali lagi pada PRU 12 lalu.

a) Bayaran atau kelewatan pembayatan kepada kerja-kerja kontrak di bawah kroni-kroni Ketua Menteri menyebabkan ramai-ramai subkontraktor yang susah dan merana tidak dapat 'payment'.

b) Banjir yang melanda kawasan bandaraya dan Masjid Tanah dan kegagalan membuat persediaan menghadapi banjir hanya kerana ingin mengindahkan Sungai Melaka

c) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan

d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha di Taman Melaka Raya tanpa notis

e) Gagal memulihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah atau 'buzzer zone'.

f) Gagal mewakili orang Melaka untuk mendapatkan kelulusan UNESCO untuk Bukit Cina

g) Menjadikan Melaka sebuah mini DISNEYLAND yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan pembaziran wang rakyat

h) 6 kali berlakunya 'blackout' dalam Dun Duyong ever sejak PRU 12

i) Membangun 3 projek bandar mega yang melibatkan 3 daerah ...(Membelanjakan duit rakyat dengan banyak

j) Meneruskan projek-projek yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang akhirnya menjadi Gajah Putih

k) Datuk Seri menghadapi saman RM10 juta yang akan dibicarakan pada 30 dan 31 Julai ini

l) Datuk Seri bertindak zalim ke atas PASTI ....mengapa Datuk Seri tidak arahkan pendakwaannya di gugurkan

m) Datuk Seri terus mengamalkan pemerintahan yang suka membazir...Eye On RM40 juta dan lain-lain

n) Datuk Seri menipu rakyat menyatakan jumlah orang miskin di Melaka sedikit sahaja sedangkan golongan miskin di Melaka terus meningkat akibat kenaikan harga minyak dan harga barang

o) Datuk Seri terus mengamalkan tindakan yang tidak demokratik menafikan peruntukan untuk ADUN Pakatan Rakyat Melaka

p) Datuk Seri terus melantik kroni Datuk Seri menjadi Datuk Bandar, Speaker dan lain-lain bukannya atas dasar kelayakan ...

q) Datuk Seri terus menambahkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih RM1 bilion.

r) Datuk Seri terus menyiksa rakyat dengan menggali bijih di Kuala Sungai Baru menyebabkan nelayan di sana susah untuk cari makan

s) Datuk Seri terus menjadi pembodek nombor wahid (satu) terhadap kepimpinan Pak Lah sedangkan Pak Lah adalah pemimpin yang lembap dan lemah.

t)Datuk Seri membiarkan pelacuran berleluasa di Bandar Melaka sejak dari tahun 70-an lagi.

u) Datuk Seri terus menggalakkan program-program maksiat dan melalaikan seperti Pesta Melaka yang menyelitkan pertandingan ratu cantik, karaoke dan sebagainya ....dan banyak lagi ........tak sempat hendak dituliskan di sini.

http://mutaligat.blogspot.com/
Email : sofiwahab@gmail.com

Sumber: Tranungkite.net

Http://www.tranungkite.net




No comments: