Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, June 23, 2008

PKR Bantah Tambak Laut


Malim 22 Jun - Satu sidang akhbar telah dibuat oleh Sdr. Md Yusof Abdullah (Timb. Pengerusi Perhubungan PKR Melaka) dan Sdr. Hairiz Nordin (Timb. Ketua AMK Melaka) mewakili Parti Keadilan Rakyat Melaka menyelar tindakan kerajaan negeri Melaka yang meneruskan projek penambakan laut sepanjang 96 km dari Sg. Rambai hingga Kuala Linggi walaupun ia menjejaskan hidup nelayan negeri ini.

Sidang akhbar ini boleh diikuti di akhbar Sinar Harian (Edisi Melaka & NS) bertarikh 22 Jun 2008 dan telah mendapat liputan di muka depan dan 2. Sdr. Md Yusof Abdullah juga menyentuh janji kerajaan Negeri yang ingin membina sebuah jeti bot pengkalan nelayan dan pampasan untuk nelayan, jika projek penambakan laut diteruskan yang masih lagi tidak ditunaikan.

Dalam pada itu, pembangunan di 'Pulau Melaka' juga telah mendapat perhatian Sdr. Md Yusof Abdullah. Projek tersebut tidak menunjukkan sebarang kemajuan selepas 10 tahun dijalankan dan hampir 95% kawasan daripada jumlah kawasan tersebut dintinggalkan tanpa penyelenggaraan kecuali di Masjid Selat, satu-satunya binaan yang siap dan berpenghuni.

Sdr. Hairiz Nordin telah menyokong pendirian Timb. Speaker DUN Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim bahawa rakyat melaka menolak tuah kerana tidak mengundi PR pada pilihanraya baru-baru ini. Ikuti sidang akhbar ini di akhbar Sinar Harian (Edisi Melaka & NS) 22 Jun 2008.



No comments: