Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, June 13, 2008

Demo Protes Dicepat Kepada 5 Julai


Tarikh perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang dirancang di ibu negara telah dipercepatkan kepada 5 Julai.

Sebelum ia dijadual diadakan di KLCC pada 12 Julai.

Menurut naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainudin, mesyuarat Gabungan Anti-Inflasi (Protes) petang ini memutuskan untuk mempercepatkannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Protes akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab-sebab tarikh baru itu dipilih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Dalam satu sidang media di sebelah pagi anjuran satu gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), Khairul Anuar berkata, tarikh 12 Julai yang dicadangkan Protes bukan tarikh muktamad.

Di sidang media itu, ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan satu siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil diadakan untuk bantahan yang sama.

Geramm ditubuhkan oleh AMK pada 9 Jun bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Jelajah itu akan berlangsung selama dua minggu, bermula dari 14 Jun di Pahang hingga 29 Jun di Selangor, Johor dan Sabah.Selain Lembah Kelang, siri bantahan Geramm meliputi Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka, tambahnya.

Geramm juga mengadakan kempen 'petisyen rakyat' untuk mendapatkan sejuta tandatangan orang ramai terutama kelompok muda yang begitu terjejas dengan keputusan tiba-tiba kerajaan ini yang dianggap kadar kenaikan petrol dan diesel paling besar serta mengejutkan."Petisyen itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web www.geramm.org," kata Shamsul Iskandar.

Dipetik dari;

http://www.malaysiakini.com/news/84414

1 comment:

Anonymous said...

Memang elok la dicepatkan.

Sementara hati tengah panass ni. Sesuai dengan nama GERAMM..

Hari ni boleh pakat turun JASIN ramai2 pakai baju MERAH.