Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, June 22, 2008

Sekitar Demo Rakyat Di MBMB (21 Jun)

Bukit Baru 21 Jun - Sekitar 100 orang telah menyertai Demo Membantah Kenaikan Harga Minyak yang bermula di Air Terjun Bkt Sebukor dan diakhiri di Dataran MBMB. Demo telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Bukit Katil disifatkan berjaya walaupun pihak keselamatan berusaha untuk menghalang ianya berlangsung dengan lebih lama.

Pihak keselamatan juga menghalang pemimpin PAS berucap menggunakan 'hailer'. Pihak keselamatan yang berpakaian lengkap dan preman telah dikerah ke kawasan Air Terjun Bukit Sebukor dan Dataran MBMB seawal pukul 2.00 ptg lagi. Walaubagaimana pun, demo telah dimulakan pada pukul 3.00 ptg seperti yang telah dirancangkan.Peserta demo juga telah berjaya bergerak ke Dataran MBMB dan telah bersurai sekitar jam 3.40 ptg.

Demo turut di hadiri oleh Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek; Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; Ketua Pemuda DAP Negeri Melaka , YB Tey Kok Kiew; ADUN Bachang YB Lim Jak Wong; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Abu Bakar Ramle, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Khirul Che Salleh dan beberapa orang pimpinan Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bukit Katil.

Polis mengawal trafik di hadapan Air Terjun Bkt Sebukor

Kenderaan peserta diletakkan di bahu jalan

Peserta demo mula bergerak ke Dataran MBMB

Peserta demo tetap bergerak walau pun dikelilingi pihak keselamatan

Peserta demo menghampiri Dataran MBMB
Peserta bersemangat menunjukkan tanda bantahan

Seperti biasa kenderaan yang lalu-lalang juga memberikan sokongan

Di hadapan Dataran MBMB

Antara poster bantahan yang boleh di lihat pada hari tersebut

1 comment:

Shima Batu said...

tahniah org bkt katil.. :)
timer kasih lagi pada pak polisi..

minggu depan kita kasi kecoh lagi...

pakai baju merah yer!!!