Dalam seminggu 2 ni, banyak sangat yang kita dengar atau baca perihal adanya sejumlah ADUN dari Pakatan Rakyat yang bakal meninggalkan Parti masing-masing baik dari PAS, PKR atau DAP dan khabarnya mereka-mereka ini bakal berbuat demikian kerana telah hilang kepercayaan pada pimpinan tertinggi di negeri masing-masing.
Kerajaan Pakatan Rakyat di 3 Negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor khabarnya dalam keadaan berjaga-jaga dan menunggu masa untuk kehilangan sokongan didalam Dewan Undangan Negeri masing-masing sebaik Sidang Dewan Undangan Negeri bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Aku tak jelas sangat bila 3 negeri dibawah Pakatan Rakyat akan mengadakan Sidang DUN masing-masing tapi yang jelasnya, sebaik Sidang DUN bermula, ada perkara hangat dan hangit akan berlaku. setakat mana kebenaranya... Allahua'lam... sama-sama kita tunggu.
Sebaik mulanya tersebar berita-berita angin tersebut, telipon aku tak berenti-renti berdering. ramai yang dok bertanya betul atau tidak dan ramai jugak yang dok bertanya kenapa aku tak ulas dalam website ni...
Jawapan aku cukup mudah... kalau nak lompat, lompat je lah... kalau rasa tak percaya, maka nyatakan pendirian secara jelas. buat sidang akhbar, jangan main sorok-sorok macam tikus. tapi zaman sekarang tikus lagi berani... mana ada main sorok-sorok dah. setakat nak menyelit celah-celah kaki manusia di Jalan TAR tu selamba je... tak macam ADUN-ADUN yang kununnya "hilang kepercayaan" tu.
Sekarang dah hampir tiba musim hujan... mungkin ana-anai dah bertukar jadi kelkatu...
Pada aku mudah. kalau nak tumbang Kerajaan Pakatan Rakyat di 3 negeri selepas apa yang berlaku di Perak, maka tumbanglah. jangan ditahan-tahan, tak payah dirunding-runding lagi dengan mana-mana ADUN yang "hilang kepercayaan" tu.
Bila dah sampai ke tahap nak isytihar keluar dari parti masing-masing dan juga beramai-ramai nak isytiharkan diri sebagai calon bebas pada aku bukan masanya untuk berunding lagi. masa untuk berunding ialah sebelum adanya "rasa tak puas hati". masa untuk berunding ialah bilamana ketika masalah dikawasan masing-masing tak dapat diselesaikan selepas dirujuk oleh pihak pimpinan atasan.
Apa yang berlaku sekarang ialah, masalah dikawasan masing-masing (ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan") selesai tanpa banyak masalah tetapi ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" pula yang ada masalah dengan pihak Pimpinan Atasan... apa masalahnya... tiada yang tahu... itu masalahnya.
Jadi apa yang aku nampak, ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" ini ada agenda tersendiri. apa agendanya aku tak tau, nak tuduh yang bukan-bukan, aku tak de bukti. cumanya, aku pelik... kenapa orang-orang yang rapat dengan ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" termasuk pembantu khas mereka tak tahu apa masalah yang dihadapai mereka sebaliknya orang-orang pembangkang dinegeri masing-masing lebih tahu...
Pelik... pelik tapi benar...
Bila dah jadi perkara semacam pelik tapi benar, jadi eloklah dibiarkan saja mereka-mereka itu tadi membawa haluan dan kepercayaan masing-masing mengikut apa yang mereka mahu. kalau dah rasa gembira dengan cara itu, maka teruskan saja niat korang.
Aku tak rasa Pakatan Rakyat akan rugi dalam hal ni. aku terpaksa fikir lebih jauh. ya... buat apa ada anai-anai dalam parti sedangkan anai-anai adalah perosak. nyahkan saja anai-anai yang ada supaya Pakatan Rakyat lebih kukuh. untuk masa ini, kita akan kehilangan kuasa keatas negeri masing-masing. tapi perlu kita ingat realiti dan faktanya ialah - kita tumbang bukan kerana rakyat, tetapi kerana beberapa orang ADUN yang tidak amanah.
Lebih baik kehilangan mereka-mereka yang tidak amanah daripada kehilangan kepercayaan dari rakyat yang memilih.
Itu perkara yang paling mudah untuk menghidupkan apa yang kita panggil "demokrasi". kalau ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" nak blah, biarkan mereka blah... berilah kebebasan kepada mereka supaya mereka dapat menghayati erti kebebasan dan "demokrasi". aku percaya PRU-13 nanti mereka akan lebih faham apa itu makna "demokrasi" dan "kuasa rakyat".
Kalau benar perkara ini berlaku nanti, ianya adalah satu bonus untuk Pakatan Rakyat. tak perlu lagi bersusah payah memilih calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. yang akan tinggal bersama dengan Pakatan Rakyat selepas ini ialah mereka yang aku percaya benar-benar berjuang demi rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat... bukan untuk "aku".
Pilihan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat pada waktu ini bukanlah satu pilihan yang baik bagi mereka-mereka yang bijak menggunakan akal. tapi bagi mereka yang tidak tahu bahawa mereka itu berakal, inilah masa yang terbaik. banyak tawaran menarik menanti demi untuk menunjukkan bahawa Parti yang lemah (UMNO/BN) itu adalah kuat disebaliknya.
Untuk sahabat-sahabat yang sama-sama menghidupkan perjuangan membela rakyat diatas paltform Pakatan Rakyat, tak payahlah melatah atau marah-marah kalau benar ada ADUN-ADUN yang "hilang kepercayaan" merealisasikan khabar angin ini. bergembiralah kerana kita tak perlu lagi bersusah payah memerhatikan segala gerak-geri mereka-mereka yang telah kita pilih dalam PRU-12.
Orang-orang yang "tersalah" platform ini (sepatutnya bersama UMNO/BN) tahu untuk menonjolkan rupa sebenar mereka tanpa perlu kita bersusah payah lagi. Pakatan Rakyat akan bersih dengan sendirinya dari najis-najis dan pokok-pokok paku-pakis yang menumpang selama ini.
Musim hujan telah tiba, anai-anai yang selama ini bersarang dalam Pakatan Rakyat akan keluar sebagai kelkatu... bebas berterbangan meninggalkan sarang masing-masing... tapi berapa lama jangka-hayat kelkatu..?
Lumrah hidup kelkatu, bila keluar dari sarang, terus menuju kearah cahaya... cuma kelkatu kurang bernasib baik sebab ia tidak tahu ada pemangsa menunggu dikawasan bercahaya...
PRU-13, kita akan tunjukkan kepada para kelkatu apa yang ada pada "cahaya" dan apa itu "kebebasan".
Salam Lailatul Qadar... Allahuakbar..!
Perisik Rakyat
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment